Wednesday, December 15, 2010

Program Duduk Bersila- APMT Masuk Dapur


BANTU....Anggota APMT tengah sibuk membantu penyediaan makanan untuk tetamu yang hadir ke Majlis Menyambut Menantu Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut


Kg Baharu APMT DUN Kuala Besut telah mengadakan Program Duduk Bersila bertempat di kediaman Hj Mohamad bin Abdullah ,Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Disember 2010 bermula jam 9.00 pagi

Dalam program ini , APMT mencari kelainan sediki berbanding dengan Program Duduk Bersila yang lepas, kali ini APMT perempuan turun ke dapur untuk bersama-sama penduduk kampung bergotong royong menyiapkan hidangan kepada tetamu manakala APMT Lelaki membantu dalam penyedian minuman.

Ketua penyelia berkata "Melalui pendekatan ini, mengambarkan bahawa APMT bukan sahaja boleh bekerja di pejabat malah boleh jugak masuk dapur di samping mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi dengan masyarakat (dalam konteks ini "Jong Kako") ".


berita penuh

Sunday, December 12, 2010

KARNIVAL FUTSAL JKKK DUN KOTA PUTERA 2010

Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera 2010


KOTA PUTERA 10 & 11 DISEMBER 2010 - Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera telah diadakan pada hari Jumaat 10 Disember dan Sabtu 11 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera menjadi penganjur utama Karnival ini, dengan mendapat tunjangan dari Pejabat Daerah Besut dan Penyelaras UMNO DUN Kota Putera. Tahun ini merupakan tahun ketiga pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Daerah Besut. Karnival berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Besut, Kg Raja.

Seramai lebih 500 orang pemimpin akar umbi dari 34 JKKK DUN Kota Putera memberi sambutan kepada Karnival Futsal tahunan ini. Sukan Futsal adalah satu lagi kaedah membawa himpun pemimpin-pemimpin 'grass-root' membentuk pasukan dan bertanding dengan semangat kesukanan. Penganjur tidak bertujuan mencungkil jaguh Futsal untuk mewakili negeri atau negara, tetapi memberi peluang kepada pemimpin -pemimpin, Pejabat Daerah, UMNO dan APMT menjalin silaturahim. JKKK juga boleh memperlihatkan mutu kecergasan dan kesihatan mereka.

Pada Karnival kali ini, JKKK Rumah Awam Alor Lintang II sekali lagi muncul juara dan JKKK Kg Kubang Ikan mendapat naib johan. JKKK Seberang Kastam memduduki tempat ketiga. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putera telah melakukan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Dalam ucapannya Yang Berhormat menyarankan supaya dimasa akan datang penganjur menyediakan hadiah atau insentif yang lebih besar bagi menarik penyertaan yang lebih bermutu. Beliau juga menyarankan supaya dianjur apa jua acara sukan untuk pemimpin-pemimpin wanita dalam JKKK. Diharap Karnival akan datang menjadi lebih meriah.

Antara gambar-gambar menarik yang dapat dikongsi bersama


Disediakan oleh : Haji Ismail Shafie, Shamsuddin Latif & Mohd Faisal Zulkifli








berita penuh

Wednesday, November 24, 2010

Sukan Rakyat -JKKK Pacakan & APMT DUN Kuala Besut

PMesra Rakyat....YB Hj. Dr A Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut , turut serta sebagai pengadil dalam acara tarik tali, salah satu acara yang di pertandingkan



Pacakan, 13 November 2010
JKKK Kg Pacakan dengan kerjasama APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Sukan Rakyat bertempat di Padang Bola Kg Pacakan bermula jam 8.30 pagi.

Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim masyarakat kampung di samping berpeluang berjumpa dengan YB ADUN dan Isteri yang turut serta sepanjang program tersebut.


berita penuh

Monday, October 18, 2010

PEMUDA & PUTERI anjur Kejohanan Futsal Piala MB




Kuala Besut, 17 September 2010
Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Negeri Terengganu bersama Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Bahagian Besut dan Kementerian Belia & Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan Kejohanan Futsal Piala MB peringkat DUN Kuala Besut bermula pada 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010.

Kejohanan ini di adakan untuk mencari pasukan yang akan mewakili Dun Kuala Besut ke peringkat Parlimen Besut dalam Kejohanan yang akan di adakan pada 29 Oktober sehingga 30 Oktober 2010 ini.

Pasukan dari Cawangan PEMUDA Tok Saboh dan Cawangan PUTERI Kuala Besut telah memenangi tempat pertama kejohanan tersebut dengan menerima wang tunai RM500.


berita penuh

Monday, September 27, 2010

Program 1 Malaysia APMT Parlimen Besut

Tahniah...YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof menyampaikan hadiah kepada Saudara Azizi MY , pemenang tempat pertama pertandingan karaoke


Jerteh, 27 September 2010 -
APMT Parlimen Besut telah menganjurkan Program 1 Malaysia dan Jalinan Mesra Aidilfitri 1431H di Dewan Nurul Ehsan, Bangunan UMNO bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Program ini di hadiri oleh YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof dan Isteri , Wanita MCA , 4 sayap UMNO Bahagian Besut di samping anggota APMT seluruh Parlimen Besut serta keluarga dan jemputan yang turut sama memeriahkan lagi majlis.

Pertandingan karaoke peringkat APMT di adakan bagi mencari calon untuk mewakil Parlimen Besut ke Majlis Anugerah APMT Negeri Terengganu dan juga sebagai persembahan kepada semua yang hadir pada malam tersebut.





berita penuh

Sunday, September 26, 2010

Perarakan 1 Malaysia

1 Malaysia!!...ungkapan yang dilaungkan sebagai tanda sokongan padu kepada pimpinan negara dalam mengekalkan perpanduan, kemakmuran dan keharmonian Malaysia.

Pekan lama, 16 September 2010- Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, Syarikat Mahligai,Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dan APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Perarakan 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia bermula di Hentian Kereta Sewa Kuala Besut melalui Bandar Jerteh , Kota Putra dan kembali ke hentian.

Perarakan ini di lepaskan mulai jam 10.00 pagi oleh YB Hj.Dr. A.Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut dengan di iringi oleh Pasukan Polis Trafik Cawangan Jerteh. Rombongan perarakan ini sampai semula di hentian pada pukul 11.30 pagi.



berita penuh

Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Hari Raya DUN Kuala Besut

Tarik....salah seorang anggota APMT (riza) sedang menyediakan "Teh Tarik Special' untuk tetamu yang hadir.



JKKK Pekan Baru, 12 September 2010 -
Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat DUN Kuala Besut di Kediaman YB Hj. Dr. A Rahman B Mokhtar bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Di anggarkan kira-kira 3000 orang penduduk hadir sepanjang program tersebut untuk menjamu selera di samping bertemu mesra bersama YB ADUN dan isteri

Di dalam majlis itu juga, anggota APMT terlibat secara langsung dalam menyediakan minuman dan teh tarik kepada tetamu yang hadir di samping hidangan lain yang di sediakan oleh pihak katering. Jawatankuasa Penyelaras, Puteri dan Wanita DUN turut serta dalam memeriahkan majlis dan menyambut tetamu yang hadir.

berita penuh

PROGRAM AMBANG MERDEKA SAHUR RAKYAT APMT DUN KOTA PUTERA 2010





"Ambang Merdeka Sahur Rakyat"

Program Ambang Merdeka Sahur Rakyat pada 30 Ogos 2010 tiap tahun menjadi program tetap di DUN Kota Putera. Ia dianjurkan bersama oleh Penyelaras UMNO, APMT DUN & Sekolah-sekolah Menengah dalam DUN ini. Tahun lepas sambutan diadakan di Peti Undi Kg Raja dan pada program ini telah diadakan di Peti Undi Kg Alor Lintang, Amer bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Tengku Mahmud I.

Majlis sambutan ini diisi dengan program deklamasi sajak oleh Wan Hanafi bin su seorang Tokoh Seniman tanah air kelahiran Kg Alor Lintang, persembahan Koir, Nasyid &Sketsa Merdeka dari sekolah-sekolah menengah dalam DUN. Penganjur meraikan Tokoh Kemerdekaan Dato' Haji Abu Bakar bin Ahmad yang berucap mengunkap kisah pejuang kemerdekaan di Daerah Besut.

Majlis dirasmikan oleh YB Haji Mohamad Pehimi bin Yusof ADUN Kota Putera.Tepat jam 12.00 malam hadirin melaungkan "Merdeka" sambil mengibar-mengibar Jalur Gemilang. Koir Sekolah Menengah Tengku Mahmud menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang". Suasana dimeriahkan lagi dengan letupan mercun dan bunga api. Lebih 3000 penonton mengambil bahagian memeriahkan sambutan ambang merdeka kali ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pelbagai pertandingan sempena sambutan ambang merdeka sahur rakyat 2010 ini antaranya.Banner kain rentang merdeka terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Tuanku Nur Zahirah, Sekolah Menengah Nasiruddin Shah dipilih sebagai Sekolah paling Patrotik 2010, Dekorasi Kampung dengan Jalur Gemilang jatuh kepada Kg Gong Bayor & Pejabat paling meriah dengan Jalur Gemilang ialah Pejabat Majlis Daerah Besut.
Majlis berakhir jam 12.45 pagi dengan hidangan sahor.

Antara gambar-gambar yang menarik semasa majlis tersebut seperti berikut

Disediakan oleh : Azhar Ali & Haji Ismail Shafie











berita penuh

MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT PENYELARAS UMNO DUN KOTA PUTERA 2010

Majlis Berbuka Puasa Pejabat Penyelaras UMNO Dun Kota Putera 2010


KOTA PUTERA Khamis 26 Ogos 2010, Penyelaras UMNO DUN KOTA PUTERA dengan kerjasama APMT DUN telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini diadakan di Pejabat Penyelaras UMNO DUN. Seramai 500 orang terdiri daripada ketua-ketua UMNO, pemimpin masyarakat & ketua-ketua jabatan hadir di majlis berbuka puasa ini.Turut hadir YB Haji Mohamad Pehimi bin Yusof ADUN Kota PUtera, isteri dan anak-anak.

Sebelum berbuka Haji Amlin bin Yaakob memimpin bacaan tahlil dan bacaan doa. Majlis itu dipengerusikan oleh Haji Zali bin Ali Penyelia APMT DUN. Majlis juga meraikan sambutan hari jadi YB yang mana jatuh pada 25 ogos 2010. Majlis bersurai jam 7.30 malam.

Antara gambar-gambar yang dapat dipaparkan semasa suasana majlis tersebut seperti berikut

Disediakan oleh : Hajah Rahimah binti Ab Rahman





berita penuh

Monday, September 20, 2010

APMT AGIH BERAS UNTUK WARGA MISKIN

Yb Dr Hj A.Rahman Mokhtar meyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima bantuan

KUALA BESUT 8 SEPT : Kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dun Kuala Besut bersama Pejabat Penyelaras Dun Kuala Besut telah mengadakan Program Pengagihan Bantuan Beras Kepada Warga Miskin sempena bulan Ramadhan. Program ini dilakukan selama empat siri meliputi keseluruhan Dun Kuala Besut.



Program ini telah melibatkan seramai 312 orang yang telah terpilih mengikut Mukim masing – masing. Antara objektif utama program ini ialah untuk membantu mengurangkan sedikit beban golongan warga miskin dalam menghadapi bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal yang bakal menjelang. Salah seorang penerima bantuan memberitahu beliau amat bersyukur di atas bantuan ini dan berharap pihak kerajaan akan terus membela nasib golongan miskin.



berita penuh

Monday, August 9, 2010

LAWATAN PRIHATIN KE RUMAH EN. NORRDIN YUNUS PEMBANTU APMT DUN KOTA PUTERA


KOTA PUTERA ISNIN, APMT Dun Kota Putera telah mengadakan lawatan prihatin ke rumah saudara Norrdin Yunus bertempat di rumah Awam Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu.Beliau merupakan pembantu masyarakat Dun Kota Putera di Peti Undi Seberang Kastam II. Beliau merupakan seorang ahli APMT yang tekun dan berjiwa kental dalam menjalankan tugasan beliau. Baru-baru ini beliau di serang penyakit Angin Ahmar.(Strok)

Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Ismail Shafie ketua Penyelia APMT dan Encik Ibrahim Yusof Pegawai Khas kepada Y.B Adun Kota Putera serta semua ahli APMT Dun Kota Putera.

Diantara objektif lawatan, adalah untuk mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh pesakit. Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang antara kami, kami menyampaikan sumbangan daripada Y.B Muhammad Pehimi Yusof dan kutipan derma dari kalangan APMT Dun Kota Putera untuk beliau. Majlis itu diakhiri dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh ustaz Haji Zali@Nawi bin Mat Ali, salah seorang Penyelia APMT Dun Kota Putera.

Laporan oleh: Rosmawati Bt Abd Ghafar.
APMT Dun Kota Putera



berita penuh

Tuesday, July 20, 2010

YU 45 KILOGRAM TUMPAS DI PERAIRAN KARANG PAYUNG


KOTA PUTERA : 17 JULAI 2010 - Program memancing kini menjadi minat yang begitu tinggi di kalangan kaki pancing yang berada disekitar Besut. Aktiviti ini sudah dijadikan perkara rutin apabila menjelang hujung minggu sebagai memenuhi masa lapang agar ianya tidak berlalu begitu sahaja.Sejak akhir-akhir ini bukan setakat kaki pancing yang menyertai acara ini tetapi sudah mula diminati oleh setiap lapisan masyarakat bahka menjadi aktiviti keluarga termasuk anak-anak dan isteri.

Semangat dan kesabaran yang tinggi adalah diantara perkara paling penting dalam menyertai satu-satu pertandingan memancing.Cetusan ini selari dengan ucapan YB Hj Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Kota Putera semasa majlis perasmian penutup program memancing “Karang Payung” sabtu lalu. Enam puluh kaki joran dalam 35 buah bot mencuba nasib kali ini. Katanya lagi,’saya cukup teruja dengan penganjuran ini kerana pada kebiasaan pertandingan memancing dibuat dipersisiran pantai ataupun sungai,tetapi penganjuran kali ini semua peserta terpaksa ketengah laut. Bot masing-masing meredah ombak selama 2 jam.Peserta bertolak seawal jam 7.00 pagi lagi,apabila masa tamat pada jam 2.00 petang semua peserta bertolak ke pengkalan di Kg. Raja, bersebelahan dengan Desa Ukiran Kayu. Para peserta mendaratkan hasil tangkapan masing-masing untuk ditimbang dan diadili oleh panel hakim yang telah dilantik.

Yang Berhormat Haji Pehimi mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang gagal semoga mencuba lagi. Walau bagaimana pun yang penting bukan soal berjaya atau tidak tetapi semangat kental dan penuh kesabaran yang ditunjukan oleh para paserta sepatutnya dititik beratkan. Johan pesta joran kali ini ialah Encik Yusof bin Mat Zain dari JKR Besut yang berjaya mendaratkan ikan yu sirip hitam seberat 45 kilogram. Beliau bertarung selama 2 jam untuk mendaratkan yu tersebut.
BESUT HARI INI,2010
Laporan : Abu Kashim @ Asha’ari bin Zakaria & Wan Mohamad Ismail
APMT DUN Kota Putera

berita penuh

Wednesday, July 14, 2010

MEMBINA GENERASI BERINTEGRITI TAMBAT HATI PESERTA PERKHEMAHAN KADET POLIS


KOTA PUTERA – Sempena perkhemahan kadet polis sekolah-sekolah menengah Daerah Besut,banyak memberi maklumat yang posiif kepada semua peserta,perkhemahan kali ini cukup bertepatan sekali disamping sambutan peserta yang memberangsangkan malah tema yang menambat hati para peserta iaitu Membina Generasi Berintegriti.Hasrat murni pihak sekolah dan Pejabat pendidikan Daerah Besut begitu tinggi agar segala perancangan dan objektif perkhemahan pasukan beruniform ini berjaya.Diantara objektif adalah untuk membina kekuatan fizikal dan mental para peserta,disamping itu juga dengan sikap bertanggungjawab,semangat setiakawan,kepercayaan dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri dapat diterapkan.Setelah semua ini dapat diterapkan maka akan terpancarlah keperibadian yang mulia selaras dengan tuntutan agama.

Harapan ini juga dilontarkan oleh Superitendan Hj Kamarudin Zakaria,ketua Polis Daerah Besut ketika menyampaikan ucapan dalam perasmian penutup perkhemahan pada 04 Julai 2010 di Kem Seri Keluang Besut.Dalam ucapannya,kempen dan perrkhemahan seperti ini hendaklah diteruskan kerana segala matlamat haruslah dicapai sepertimana yang diharapkan.

Peserta kali ini adalah seramai 666 orang,peserta semua dipecahkan mengikut platon iaitu 12 platon bagi peserta lelaki manakala 14 platon adalah peserta perempuan,masa perkhemahan adalah selama 4 hari 3 malam,dalam tempoh ini tanpa semangat jati diri dan komitmen yang tinggi sudah tentu peserta tidak dapat menamatkan perkhemahan ini dengan baik,ungkapan ini hasil daripada ucapan YB Tn Hj Nawi bin Mohamad,ADUN Hulu Besut semasa merasmikan majlis perasmian penutup perkhemahan unit beruniform pada 04 Julai 2010 di Kem Seri Keluang.Saya harap penganjuran perkhemahan kadet polis supaya dijadikan acara tahunan,kita harap semua pihak berwajib turut telibat dalam penganjuran ini.

BESUT HARI INI,2010

Laporan : Abu Kashim @ Asha’ari bin Zakaria

APMT DUN KOTA PUTERA

berita penuh

LAWATAN MUHIBBAH TIMBALAN MENTERI BELIA DA SUKAN BERI SUNTIKAN SEMANGAT PADA BELIA

KOTA PUTERA - Kehadiran YB Dato’ Razali bin Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 03 Julai 2010 di Kem Sri Keluang adalah satu petanda baik kepada golongan belia di Daerah Besut,walaupun Majlis Belia Daerah Besut adalah satu badan induk kepada semua pergerakan belia tetapi manafaat ini juga memberi suntikan kepada semua badan gabungan belia dan NGO dalam Daerah Besut.

Hasil dari lawatan dan majlis temu murni ini banyak memberi gambaran yang positif dan semuanya terjawab kerana Dato’ Razali ini adalah seorang yang peramah,mesra berkerampilan malah beliau seorang pendengar yang baik.Banyak perkara yang disampaikan oleh sdr Azizul Jasmin Mohamad selaku Pengerusi majlis Belia daerah Besut,seperti status belia di Daerah Besut ini lebih-lebih lagi konsep yang dicanangkan oleh kerajaan dalam membentuk generasi belia 1 Malaysia.

Beliau juga sarankan kepada semua warga majlis belia agar dapat menjaga dengan baik segala aset yang dimiliki oleh Majlis Belia Daerah seperti Kem Sri Keluang,ini adalah satu aset yang cukup penting,ia hendaklah ditadbir urus dengan baik,beliau ucapkan syabas kepada Tuan Hj Ismail Shafie sebagai orang yang beranggungjawab mentadbir urus kem ini dengan baik.

Dalam kesempatan yang ada,sempat juga YB Dato’ membuat lawatan ke tempat perkhemahan kadet polis sekolah-sekolah menengah dalam daerah Besut,dalam lawatan itu beliau juga sempat memberi ucapan berupa kata-kata perangsang kepada para peserta,oleh kerana semua peserta adalah orang muda,sudah tentulah semua kejayaan dimasa akan datang dapat dicerminkan melalui keperibadian generasi muda hari ini.Kamu adalah harapan bangsa dan Negara,dengan itu kamulah diantara aset-aset yang akan menentukan kestabilan politik dan keamanan negara kelak.Jadi,bermula dari hari ini jagalah disiplin diri,taati semua tuntutan agama,tunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar,sebagai anak yang baik,sebagai peserta contoh dan sebagainya.

BESUT HARI INI,2010

Laporan : Abu Kashim @ Asha’ari bin Zakaria

APMT DUN KOTA PUTERA


berita penuh

Sunday, May 30, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & UNIFORM RELA


ANGGOTA RELA TERIMA SIJIL & UNIFORM

Kuala Besut 29hb May - Seramai 100 orang anggota RELA daripada DUN Kuala Besut terlibat di dalam Majlis Penyerahan Sijil Keahlian Dan Uniform RELA yang di adakan di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut .

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yb.Dr.Hj.A.Rahman Bin Mokhtar ADUN Kuala Besut.Turut hadir bersama, Encik Salim Bin Lembek , Pegawai Rela Daerah Besut dan Encik Ghazali B Umar, Ketua Platon RELA DUN Kuala Besut.

berita penuh

Saturday, May 29, 2010

MAJLIS KESYUKURAN


MAJLIS KESYUKURAN MENYAMBUT MENANTU YB DATO' SERI DR ABDULLAH BIN MAT ZIN, AHLI PARLIMEN BESUT.


KOTA PUTERA 26 Mei 2010 Yang Berhormat Ahli Parlimen Besut merangkap penasihat agama kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Abdullah bin Mat Zin dan Tok Puan Seri Hajah Wan Naimah binti Haji Wan Latif telah mengadakan Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu dikediaman rasmi mereka. N0 2726 Lorong Hidayat Kg Alor Lintang Dun Kota Putera pada hari Sabtu 22 Mei 2010. Putera sulong Dato' Seri dan Tok Puan Seri, Haji M. Fakhri bin Dato' Dr Haji Abdullah telah memilih Nurshahida binti Omran sebagai pasangan hidupnya.


Seramai 3,000 tetamu telah memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ke majlis itu Yb Datuk Seri Haji Idris (Adun Jerteh) dan isteri,Yb Haji Pehimi bin Yusof (Adun Kota Putera) dan isteri, Yb Haji Nawi bin Mohd(Adun Hulu Besut) dan isteri dan Yb Dr Rahman bin Mokhtar(Adun Kuala Besut) dan isteri.


Majlis diserikan dengan persembahan seniman OKU, Al'Baladi dari Kelantan, manakala DJ nya Kak Wan dari RTM Kota Bharu.


AJK Pemuda, Wanita, Puteri dan APMT Dun Kota Putera turut menyediakan tenaga kerja menjayakan kenduri 'Wedding Of The Year' Besut kali ini.

berita penuh

Wednesday, April 14, 2010

PROGRAM TURUN PADANG YB BERSAMA ISTERI SERTA TEAM -Dun Kuala Besut


TEKUN...YB Dr Haji A Rahman Mokhtar mendengar cerita salah seorang ali veteran Kg Gong Surau

Kuala Besut,9 April 2010 - satu lawatan YB serta isteri dan team telah turun padang ke Kampung Gong Surau bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.Lawatan ini dimulai dengan sedikit ucapan oleh YB Dr Hj A Rahman Mokhtar di Masjid Kg Gong Surau yang mana di sertai oleh JKKK Kg Gong Surau dan Kg Paya serta penduduk kedua-dua buah kampung ini.Kehadiran YB dan isteri amat dinanti-nantikan dan dialu-alukan oleh seluruh penduduk kampung ini.

Setelah selesai sesi ucapan dan aduan masalah antara penduduk kampung secara terus bersama YB,sedikit jamuan makan ringkas telah disediakan di Masjid Kg Gong Surau itu.YB serta isteri menjamu selera bersama-sama dengan penduduk kampung bagi merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung dan pemimpin.

Rombongan ini kemudiannya terus kepada agenda seterusnya iaitu melawat ke rumah penduduk yang uzur dan veteran.Rombongan ini berakhir setelah 6 buah rumah warga emas dilawati oleh YB Dr Hj A Rahman dan isteri.


BESUT HARI INI

berita penuh

Wednesday, March 31, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA


KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA

Pekan Air Tawar, 11 Mac 2010 . Karnival Usahawan Muda Kota Putera telah dianjurkan oleh Frangipanni Food & Spa. Karnival ini berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 14 Mac 2010.
Karnival yang julung-julung kali diadakan di Kota Putera ini, telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berhormat Hj Muhammad Pehimi bin Yusof Adun Kota Putera. Beliau juga merupakan pencetus ideal kepada Karnival ini. Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama BTN, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, PDRM Dan Maxis yang merupakan penaja bersama. Matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul Usahawan dan Syarikat yang ditubuhkan oleh anak watan Dun Kota Putera dan Besut amnya, bagi mempromosi syarikat masing-masing.
Syarikat ini juga telah menjadi penyumbang bagi Karnival ini. Iaitu Syarikat Hasriff Ais, Denai Bina Sdn Bhd, Batu Tumboh Holding, Pok Chan Studio, PTA Grafik Ideal, Karangkra, STR Batik dan Cse Commen Supply Engineering.
Acara-acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival ialah Gerai Pameran, Permainan Tradisional, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nyanyian, Pertandingan Memasak, Pertunjukkan Fesyen, Karaoke & cabutan Bertuah. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pemilik Frangipanni iaitu En. Zakaria bin Ibrahim dan En. Wan Hassan bercadang untuk menganjurkan Karnival ini tiga bulan sekali.

berita penuh

Sunday, March 21, 2010

PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA PEDA


YAB Dato` Menteri Besar merasmikan upacara 'Pecah Tanah' di tapak projek Empangan Paya Peda


PASIR AKAR, BESUT-21 MAC 2010 Bertempat di Empangan Angga, Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Empangan Paya Peda telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB dato’ Ahmad bin Said dan disaksikan oleh YB Datuk Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek ini akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan bekalan air kepada skim Pengairan Padi Besut iaitu seluas 5174 hektar untuk menjayakan perusahaan penanaman padi dua kali setahun.


Empangan Paya Peda juga berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan takungan air yang terbesar di Besut bagi kegunaan pertanian terutamanya pada musim kemarau serta kegunaan domestik.

Selain itu, empangan ini juga mampu mengurangkan kesan banjir dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kemusnahan sawah padi semasa musim tengkujuh
Dengan wujudnya empangan ini akan dapat menambahkan lagi kawasan pelancongan di daerah Besut melalui pelbagai aktiviti seperti memancing dan sukan air.

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian untuk melaksanakan projek empangan ini yang dijangka siap pada Julai 2013.

BESUT HARI INI

berita penuh

Thursday, March 18, 2010

PROGRAM DUDUK BERSILA- RAJA SEHARI


BESUT 15 MAC –Anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Kuala Besut mengadakan Program Raja Sehari di rumah Abdullah Bin Che Isa (Che Hamid) bermula jam 10.00 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota APMT mendekati masyarakat termasuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

Sepanjang program ini APMT membantu dalam persiapan tempat, penyediaan makanan dan minuman di samping penyambut tetamu.

Majlis akad nikah pasangan ini iaitu Che Nor Haznita Binti Abdullah dengan Shahrul Izal Bin Kamarulzaman berlangsung pada jam 11.00pagi diikuti majlis bersanding pada jam 2.30 Petang.

Peserta program ini iaitu En. Abdullah Che Isa memberitahu beliau amat berterima kasih kepada anggota APMT yang sudi membantu dan berharap program ini akan diteruskan lagi.

berita penuh

Tuesday, March 16, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT PARLIMEN BESUT



TEKUN…. YB Hj.Dr. A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut) dan isteri menyucuk jarum : salah satu acara VIP

BESUT 13 Mac - UMNO Bahagian Besut telah menganjurkan Program Juara Rakyat di Pentas Rebana, kg Air Tawar bemula jam 8.00 pagi.


Senamrobik di adakan sebagai acara pembuka tirai dan diikuti dengan majlis perasmian oleh Dato’ Sri Idris Jusoh, Ketua UMO Bahagian Besut.

Sukaneka pelbagai kategori menjadi permainan utama yang dipertandingan melibatkan 4 DUN : Jerteh, Kota Putra, Kuala Besut dan Hulu Besut.

TUDM, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)dan Jabatan Pertanian antara jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

BESUT HARI INI

berita penuh

Sunday, March 7, 2010

Kursus Kewartawanan APMT

Satu kursus kewartawanan Siri 1 telah pun diadakan di Marang Village Resort & Spa yang disertai oleh 50 orang kakitangan APMT bermula dari 6 - 8 Mac 2010.

berita penuh