Sunday, September 1, 2013

TOKOH KEMERDEKAAN DUN KOTA PUTERA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56

BESUT HARI INI


Haji Mohamed Bin Yusof, K.M.N; A.M.N; P.J.K. telah dinobatkan sebagai tokoh Kemerdekaan ke-56 sempena Program Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Dun Kota Putera yang telah berlangsung di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Putera

.

Beliau dilahirkan pada 17 Februari 1937 di Kg Pak Wong Besut dan telah menyertai Umno sejak tahun 1954 lagi. Berbagai jawatan yang telah beliau sandang sepanjang penglibatan beliau di dalam Umno termasuklah AJK Pemuda Bahagian Besut (1974-1975), Bendahari Pemuda Bahagian Besut (1975-1976), AJK Bahagian Besut (1976-1984), Pengerusi Tetap Bahagian Besut (1984-1986), Bendahari Bahagian Besut (1986-1999), AJK Bahagian Besut (1999-2001), Ketua Pembantu Penerangan FELDA Malaysia, Bendahari Pusat Latihan Ihsan dan Bendari Kelab Penyokong BN Peti Undi Alor Lintang (sekarang).

berita penuh

Saturday, March 23, 2013

WALK 4 PEACE - Pray for Lahad Datu

BESUT HARI INI






BESUT : Seramai kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut berarak sejauh 13 kilometer sempena program 'Walk 4 Peace' (Berjalan Untuk Keamanan) demi menyatakan sokongan terhadap Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.


Perjalanan bermula 5.00 petang dan berakhir 6.30 petang itu turut membawa sepanduk dengan kata-kata semangat kepada pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam operasi itu.



Program yang diketuai Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh itu turut disertai anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusoff, Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan kibaran Jalur Gemilang sambil diiringi nyayian lagu-lagu patriotik, turut melibatkan anggota keselamatan termasuk polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Gong Kedak, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Persatuan Bekas Polis Daerah Besut, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk sekitar.

Perarakan yang dilaksanakan secara berperingkat itu melibatkan beberapa perhentian bermula di Jerteh Souq sebelum bergerak ke hentian Kampung Nyiur Tujuh, Alor Lintah, Gong Kepas sebelum berakhir di pusat pentadbiran Kampung Raja.

Pada setiap hentian itu, perarakan diikuti seramai 2,000 penduduk mewakili pelbagai pihak untuk menyambung perjalanan.

Pada majlis itu, lebih RM5,000 berjaya dikutip untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu. [Dipetik daripada blog Malaysiakini]







berita penuh

Friday, February 8, 2013

SELAMAT TINGGAL PEMBANGKANG (STP)

BESUT HARI INI




UMNO Bahagian Besut telah menganjurkan program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) bertempat di depan Perkarangan Institut Memandu Besut Pengkalan Nyireh pada 04 Februari 2013 yang telah menarik penyertaan ramai bekas ahli parti pembangkang dalam UMNO. Program yang menggantikan program STP (Selamat Tinggal Pas) dilihat lebih bermakna kerana ia membabitkan ahli parti dari Pas dan PKR di daerah Besut.Program STP menggantikan Selamat Tinggal Pas dilihat lebih meluas kerana ia disertai oleh ahli dari PKR di Besut.



Seramai 1,000 bekas ahli parti pembangkang terutama Pas dan PKR di Besut, hadir menyertai perhimpunan terbesar menjelang PRU13. Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh melakukan ucap utama dan mengistiharkan kemasukan ahli pembangkang berkenaan dalam Umno.
“Ramai ahli Pas peringkat akar umbi sudah faham dan bosan dengan karenah yang dilakukan oleh pemimpin mereka terutama dalam isu Kalimah Allah dan penghinaan terhadap agama Islam,” katanya.
Kekecewaan hati Pas sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila ramai antara mereka datang tanpa undangan menemui ketua cawangan untuk menjadi ahli Umno sejak kebelakangan ini. Program ini juga turut diserikan dengan penceramah dari NGO Minda Pondok iaitu Tuan Haji Mohd Syamsul Mohd Yusoff  Al Hafiz. Ceramah yang disampaikan bertajuk "Kalimah ALLAH Bukan Untuk Di Jual Beli".


berita penuh