KOTA PUTERA - Kehadiran YB Dato’ Razali bin Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 03 Julai 2010 di Kem Sri Keluang adalah satu petanda baik kepada golongan belia di Daerah Besut,walaupun Majlis Belia Daerah Besut adalah satu badan induk kepada semua pergerakan belia tetapi manafaat ini juga memberi suntikan kepada semua badan gabungan belia dan NGO dalam Daerah Besut.
Hasil dari lawatan dan majlis temu murni ini banyak memberi gambaran yang positif dan semuanya terjawab kerana Dato’ Razali ini adalah seorang yang peramah,mesra berkerampilan malah beliau seorang pendengar yang baik.Banyak perkara yang disampaikan oleh sdr Azizul Jasmin Mohamad selaku Pengerusi majlis Belia daerah Besut,seperti status belia di Daerah Besut ini lebih-lebih lagi konsep yang dicanangkan oleh kerajaan dalam membentuk generasi belia 1 Malaysia.
Beliau juga sarankan kepada semua warga majlis belia agar dapat menjaga dengan baik segala aset yang dimiliki oleh Majlis Belia Daerah seperti Kem Sri Keluang,ini adalah satu aset yang cukup penting,ia hendaklah ditadbir urus dengan baik,beliau ucapkan syabas kepada Tuan Hj Ismail Shafie sebagai orang yang beranggungjawab mentadbir urus kem ini dengan baik.
Dalam kesempatan yang ada,sempat juga YB Dato’ membuat lawatan ke tempat perkhemahan kadet polis sekolah-sekolah menengah dalam daerah Besut,dalam lawatan itu beliau juga sempat memberi ucapan berupa kata-kata perangsang kepada para peserta,oleh kerana semua peserta adalah orang muda,sudah tentulah semua kejayaan dimasa akan datang dapat dicerminkan melalui keperibadian generasi muda hari ini.Kamu adalah harapan bangsa dan Negara,dengan itu kamulah diantara aset-aset yang akan menentukan kestabilan politik dan keamanan negara kelak.Jadi,bermula dari hari ini jagalah disiplin diri,taati semua tuntutan agama,tunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar,sebagai anak yang baik,sebagai peserta contoh dan sebagainya.
BESUT HARI INI,2010
Laporan : Abu Kashim @ Asha’ari bin Zakaria
APMT DUN KOTA PUTERA
No comments:
Post a Comment