Tuesday, July 20, 2010

YU 45 KILOGRAM TUMPAS DI PERAIRAN KARANG PAYUNG


KOTA PUTERA : 17 JULAI 2010 - Program memancing kini menjadi minat yang begitu tinggi di kalangan kaki pancing yang berada disekitar Besut. Aktiviti ini sudah dijadikan perkara rutin apabila menjelang hujung minggu sebagai memenuhi masa lapang agar ianya tidak berlalu begitu sahaja.Sejak akhir-akhir ini bukan setakat kaki pancing yang menyertai acara ini tetapi sudah mula diminati oleh setiap lapisan masyarakat bahka menjadi aktiviti keluarga termasuk anak-anak dan isteri.

Semangat dan kesabaran yang tinggi adalah diantara perkara paling penting dalam menyertai satu-satu pertandingan memancing.Cetusan ini selari dengan ucapan YB Hj Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Kota Putera semasa majlis perasmian penutup program memancing “Karang Payung” sabtu lalu. Enam puluh kaki joran dalam 35 buah bot mencuba nasib kali ini. Katanya lagi,’saya cukup teruja dengan penganjuran ini kerana pada kebiasaan pertandingan memancing dibuat dipersisiran pantai ataupun sungai,tetapi penganjuran kali ini semua peserta terpaksa ketengah laut. Bot masing-masing meredah ombak selama 2 jam.Peserta bertolak seawal jam 7.00 pagi lagi,apabila masa tamat pada jam 2.00 petang semua peserta bertolak ke pengkalan di Kg. Raja, bersebelahan dengan Desa Ukiran Kayu. Para peserta mendaratkan hasil tangkapan masing-masing untuk ditimbang dan diadili oleh panel hakim yang telah dilantik.

Yang Berhormat Haji Pehimi mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang gagal semoga mencuba lagi. Walau bagaimana pun yang penting bukan soal berjaya atau tidak tetapi semangat kental dan penuh kesabaran yang ditunjukan oleh para paserta sepatutnya dititik beratkan. Johan pesta joran kali ini ialah Encik Yusof bin Mat Zain dari JKR Besut yang berjaya mendaratkan ikan yu sirip hitam seberat 45 kilogram. Beliau bertarung selama 2 jam untuk mendaratkan yu tersebut.
BESUT HARI INI,2010
Laporan : Abu Kashim @ Asha’ari bin Zakaria & Wan Mohamad Ismail
APMT DUN Kota Putera

No comments:

Post a Comment