Program Ambang Merdeka Sahur Rakyat pada 30 Ogos 2010 tiap tahun menjadi program tetap di DUN Kota Putera. Ia dianjurkan bersama oleh Penyelaras UMNO, APMT DUN & Sekolah-sekolah Menengah dalam DUN ini. Tahun lepas sambutan diadakan di Peti Undi Kg Raja dan pada program ini telah diadakan di Peti Undi Kg Alor Lintang, Amer bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Tengku Mahmud I.
Majlis sambutan ini diisi dengan program deklamasi sajak oleh Wan Hanafi bin su seorang Tokoh Seniman tanah air kelahiran Kg Alor Lintang, persembahan Koir, Nasyid &Sketsa Merdeka dari sekolah-sekolah menengah dalam DUN. Penganjur meraikan Tokoh Kemerdekaan Dato' Haji Abu Bakar bin Ahmad yang berucap mengunkap kisah pejuang kemerdekaan di Daerah Besut.
Majlis dirasmikan oleh YB Haji Mohamad Pehimi bin Yusof ADUN Kota Putera.Tepat jam 12.00 malam hadirin melaungkan "Merdeka" sambil mengibar-mengibar Jalur Gemilang. Koir Sekolah Menengah Tengku Mahmud menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang". Suasana dimeriahkan lagi dengan letupan mercun dan bunga api. Lebih 3000 penonton mengambil bahagian memeriahkan sambutan ambang merdeka kali ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pelbagai pertandingan sempena sambutan ambang merdeka sahur rakyat 2010 ini antaranya.Banner kain rentang merdeka terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Tuanku Nur Zahirah, Sekolah Menengah Nasiruddin Shah dipilih sebagai Sekolah paling Patrotik 2010, Dekorasi Kampung dengan Jalur Gemilang jatuh kepada Kg Gong Bayor & Pejabat paling meriah dengan Jalur Gemilang ialah Pejabat Majlis Daerah Besut.
Majlis berakhir jam 12.45 pagi dengan hidangan sahor.
Majlis berakhir jam 12.45 pagi dengan hidangan sahor.
Antara gambar-gambar yang menarik semasa majlis tersebut seperti berikut
Disediakan oleh : Azhar Ali & Haji Ismail Shafie
No comments:
Post a Comment