Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera 2010
KOTA PUTERA 10 & 11 DISEMBER 2010 - Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera telah diadakan pada hari Jumaat 10 Disember dan Sabtu 11 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera menjadi penganjur utama Karnival ini, dengan mendapat tunjangan dari Pejabat Daerah Besut dan Penyelaras UMNO DUN Kota Putera. Tahun ini merupakan tahun ketiga pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Daerah Besut. Karnival berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Besut, Kg Raja.
Seramai lebih 500 orang pemimpin akar umbi dari 34 JKKK DUN Kota Putera memberi sambutan kepada Karnival Futsal tahunan ini. Sukan Futsal adalah satu lagi kaedah membawa himpun pemimpin-pemimpin 'grass-root' membentuk pasukan dan bertanding dengan semangat kesukanan. Penganjur tidak bertujuan mencungkil jaguh Futsal untuk mewakili negeri atau negara, tetapi memberi peluang kepada pemimpin -pemimpin, Pejabat Daerah, UMNO dan APMT menjalin silaturahim. JKKK juga boleh memperlihatkan mutu kecergasan dan kesihatan mereka.
Pada Karnival kali ini, JKKK Rumah Awam Alor Lintang II sekali lagi muncul juara dan JKKK Kg Kubang Ikan mendapat naib johan. JKKK Seberang Kastam memduduki tempat ketiga. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putera telah melakukan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Dalam ucapannya Yang Berhormat menyarankan supaya dimasa akan datang penganjur menyediakan hadiah atau insentif yang lebih besar bagi menarik penyertaan yang lebih bermutu. Beliau juga menyarankan supaya dianjur apa jua acara sukan untuk pemimpin-pemimpin wanita dalam JKKK. Diharap Karnival akan datang menjadi lebih meriah.
Antara gambar-gambar menarik yang dapat dikongsi bersama
Disediakan oleh : Haji Ismail Shafie, Shamsuddin Latif & Mohd Faisal Zulkifli
No comments:
Post a Comment