Sunday, March 21, 2010

PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA PEDA


YAB Dato` Menteri Besar merasmikan upacara 'Pecah Tanah' di tapak projek Empangan Paya Peda


PASIR AKAR, BESUT-21 MAC 2010 Bertempat di Empangan Angga, Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Empangan Paya Peda telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB dato’ Ahmad bin Said dan disaksikan oleh YB Datuk Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek ini akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan bekalan air kepada skim Pengairan Padi Besut iaitu seluas 5174 hektar untuk menjayakan perusahaan penanaman padi dua kali setahun.


Empangan Paya Peda juga berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan takungan air yang terbesar di Besut bagi kegunaan pertanian terutamanya pada musim kemarau serta kegunaan domestik.

Selain itu, empangan ini juga mampu mengurangkan kesan banjir dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kemusnahan sawah padi semasa musim tengkujuh
Dengan wujudnya empangan ini akan dapat menambahkan lagi kawasan pelancongan di daerah Besut melalui pelbagai aktiviti seperti memancing dan sukan air.

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian untuk melaksanakan projek empangan ini yang dijangka siap pada Julai 2013.

BESUT HARI INI

1 comment: