Wednesday, March 31, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA


KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA

Pekan Air Tawar, 11 Mac 2010 . Karnival Usahawan Muda Kota Putera telah dianjurkan oleh Frangipanni Food & Spa. Karnival ini berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 14 Mac 2010.
Karnival yang julung-julung kali diadakan di Kota Putera ini, telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berhormat Hj Muhammad Pehimi bin Yusof Adun Kota Putera. Beliau juga merupakan pencetus ideal kepada Karnival ini. Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama BTN, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, PDRM Dan Maxis yang merupakan penaja bersama. Matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul Usahawan dan Syarikat yang ditubuhkan oleh anak watan Dun Kota Putera dan Besut amnya, bagi mempromosi syarikat masing-masing.
Syarikat ini juga telah menjadi penyumbang bagi Karnival ini. Iaitu Syarikat Hasriff Ais, Denai Bina Sdn Bhd, Batu Tumboh Holding, Pok Chan Studio, PTA Grafik Ideal, Karangkra, STR Batik dan Cse Commen Supply Engineering.
Acara-acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival ialah Gerai Pameran, Permainan Tradisional, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nyanyian, Pertandingan Memasak, Pertunjukkan Fesyen, Karaoke & cabutan Bertuah. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pemilik Frangipanni iaitu En. Zakaria bin Ibrahim dan En. Wan Hassan bercadang untuk menganjurkan Karnival ini tiga bulan sekali.

No comments:

Post a Comment