ANGGOTA RELA TERIMA SIJIL & UNIFORM
Kuala Besut 29hb May - Seramai 100 orang anggota RELA daripada DUN Kuala Besut terlibat di dalam Majlis Penyerahan Sijil Keahlian Dan Uniform RELA yang di adakan di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut .
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yb.Dr.Hj.A.Rahman Bin Mokhtar ADUN Kuala Besut.Turut hadir bersama, Encik Salim Bin Lembek , Pegawai Rela Daerah Besut dan Encik Ghazali B Umar, Ketua Platon RELA DUN Kuala Besut.
Sunday, May 30, 2010
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & UNIFORM RELA
Saturday, May 29, 2010
MAJLIS KESYUKURAN
Wednesday, April 14, 2010
PROGRAM TURUN PADANG YB BERSAMA ISTERI SERTA TEAM -Dun Kuala Besut
TEKUN...YB Dr Haji A Rahman Mokhtar mendengar cerita salah seorang ali veteran Kg Gong Surau
Setelah selesai sesi ucapan dan aduan masalah antara penduduk kampung secara terus bersama YB,sedikit jamuan makan ringkas telah disediakan di Masjid Kg Gong Surau itu.YB serta isteri menjamu selera bersama-sama dengan penduduk kampung bagi merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung dan pemimpin.
Rombongan ini kemudiannya terus kepada agenda seterusnya iaitu melawat ke rumah penduduk yang uzur dan veteran.Rombongan ini berakhir setelah 6 buah rumah warga emas dilawati oleh YB Dr Hj A Rahman dan isteri.
BESUT HARI INI
Wednesday, March 31, 2010
KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA
KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA
Pekan Air Tawar, 11 Mac 2010 . Karnival Usahawan Muda Kota Putera telah dianjurkan oleh Frangipanni Food & Spa. Karnival ini berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 14 Mac 2010.
Karnival yang julung-julung kali diadakan di Kota Putera ini, telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berhormat Hj Muhammad Pehimi bin Yusof Adun Kota Putera. Beliau juga merupakan pencetus ideal kepada Karnival ini. Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama BTN, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, PDRM Dan Maxis yang merupakan penaja bersama. Matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul Usahawan dan Syarikat yang ditubuhkan oleh anak watan Dun Kota Putera dan Besut amnya, bagi mempromosi syarikat masing-masing.
Syarikat ini juga telah menjadi penyumbang bagi Karnival ini. Iaitu Syarikat Hasriff Ais, Denai Bina Sdn Bhd, Batu Tumboh Holding, Pok Chan Studio, PTA Grafik Ideal, Karangkra, STR Batik dan Cse Commen Supply Engineering.
Acara-acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival ialah Gerai Pameran, Permainan Tradisional, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nyanyian, Pertandingan Memasak, Pertunjukkan Fesyen, Karaoke & cabutan Bertuah. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pemilik Frangipanni iaitu En. Zakaria bin Ibrahim dan En. Wan Hassan bercadang untuk menganjurkan Karnival ini tiga bulan sekali.
Sunday, March 21, 2010
PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA PEDA
YAB Dato` Menteri Besar merasmikan upacara 'Pecah Tanah' di tapak projek Empangan Paya Peda
PASIR AKAR, BESUT-21 MAC 2010 Bertempat di Empangan Angga, Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Empangan Paya Peda telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB dato’ Ahmad bin Said dan disaksikan oleh YB Datuk Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Projek ini akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan bekalan air kepada skim Pengairan Padi Besut iaitu seluas 5174 hektar untuk menjayakan perusahaan penanaman padi dua kali setahun.
Empangan Paya Peda juga berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan takungan air yang terbesar di Besut bagi kegunaan pertanian terutamanya pada musim kemarau serta kegunaan domestik.
Selain itu, empangan ini juga mampu mengurangkan kesan banjir dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kemusnahan sawah padi semasa musim tengkujuh
Dengan wujudnya empangan ini akan dapat menambahkan lagi kawasan pelancongan di daerah Besut melalui pelbagai aktiviti seperti memancing dan sukan air.
Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian untuk melaksanakan projek empangan ini yang dijangka siap pada Julai 2013.
BESUT HARI INI
Thursday, March 18, 2010
PROGRAM DUDUK BERSILA- RAJA SEHARI
Tuesday, March 16, 2010
PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT PARLIMEN BESUT
TEKUN…. YB Hj.Dr. A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut) dan isteri menyucuk jarum : salah satu acara VIP
BESUT 13 Mac - UMNO Bahagian Besut telah menganjurkan Program Juara Rakyat di Pentas Rebana, kg Air Tawar bemula jam 8.00 pagi.
Senamrobik di adakan sebagai acara pembuka tirai dan diikuti dengan majlis perasmian oleh Dato’ Sri Idris Jusoh, Ketua UMO Bahagian Besut.
Sukaneka pelbagai kategori menjadi permainan utama yang dipertandingan melibatkan 4 DUN : Jerteh, Kota Putra, Kuala Besut dan Hulu Besut.
TUDM, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)dan Jabatan Pertanian antara jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
BESUT HARI INI
