Wednesday, October 19, 2011

BERSARAPAN PAGI BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR.

DUN Kota Putera menjadi tuan rumah kepada kunjungan YAB Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu pada Selasa 18 Oktober 2011. Dato’ Seri singgah sarapan pagi bersama pemimpin kerajaan dan parti di Restoren D’ Kandis, Kg. Raja. YB Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof ADUN Kota Putera menjadi ‘host’ majlis tersebut. Turut hadir YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar Exco Kerajaan Negeri , YB Haji Nawi Bin Mohamad ADUN Hulu Besut, YB. Haji Ramlan Ali ADUN Jabi. Tidak ketinggalan En. A. Rahim Bin Jusoh Pegawai Daerah Besut, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Ketua Polis Daerah Besut.


Seramai 200 orang terdiri daripada 34 Pengerusi JKKK, 32 Ketua Cawangan , AJK Penyelaras DUN, AJK Wanita, Pemuda, Puteri, anggota APMT DUN Kota Putera dan tetamu-tetamu hadir bersarapan bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said. Majlis ramah mesra sambil bersarapan nasi gulai itik berlangsung dari 9.00 hingga 9.30 pagi. Dato’ Seri MB adalah dalam perjalanan menghadiri Majlis Penyerahan e-Book di DUN Kuala Besut dan DUN Hulu Besut. Majlis ini memberi peluang pemimpin tempatan di Kota Putera bertemu mesra dengan pemimpin negeri.

Majlis Penyampaian e- Book kepada 980 murid-murid tahun 4 sekolah-sekolah Zon Kota Putera di sempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera Tuan Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof di dewan Institut Perguruan Sultan Mizan Besut disaksikan 2300 hadirin pada Ahad 16 Oktober 2011.

Ahli Jawatankuasa JKKK dan Cawangan dalam DUN sedang membuat persiapan menyertai Karnival Futsal Piala Pegawai Daerah Besut kali ke 5 pada Jumaat dan Sabtu (28- 29 Oktober 2011) di Gelanggang Futsal Kg. Raja. Karnival ini dianjurkan oleh APMT DUN Kota Putera.

Suasana Majlis Sarapan Pagi Bersama Y.A.B Menteri Besar Terengganu

berita penuh

Sunday, September 25, 2011

SAMBUTAN "DUA DALAM SATU"

Kg Raja APMT DUN dengan kerjasama Penyelaras UMNO DUN Kota Putera telah menganjurkan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 (H) dan ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 pada selasa 20 September 2011 dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Perayaan "DUA DALAM SATU" ini diadakan di Dewan Dato' Abu Bakar Penyelaras UMNO di Kg Raja.

Majlis ini dikunjungi seramai 700 tetamu, dikalangan pemimpin kerajaan, politik dan rakan-rakan sejawat APMT peringkat Daerah dan DUN. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi Yusof ADUN Kota Putera, Wakil Pegawai Daerah Besut, OCPD, PPD, Pegawai Penerangan, Pejabat Agama, Pengetua Sekolah dan rakan-rakan APMT dalam Parlimen Besut turut hadir. Rakan-rakan kongsi APMT terdiri daripada Ketua-ketua Cawangan Empat Sayap UMNO serta Pegerusi dan ahli jawatankuasa JKKK Kota Putera juga hadir sama.

Aturcara majlis sambutan diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera. Beliau mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan tahniah kepada APMT DUN kerana berjaya meneruskan tradisi Sambutan Hari Raya dan Ulangtahun Kemerdekaan. Majlis kibar bendera Jalur Gemilang diadakan dengan ramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dihidangkan dengan Nasi Kerabu, Nasi Arab, Laksa, Ketupat, Tapai, Colek Buah dan Kuih Raya. Ketua Penyelia dalam ucapan penutup menyampaikan beberapa rangkap pantun sempena sambutan "DUA DALAM SATU" yang berbunyi,

"Tanam sawit dilanda gajah,

Semua musnah tinggal sepohon,

Begitu lama kita dijajah,

Baru Merdeka 54 tahun."


Disediakan oleh: HIS






berita penuh

Wednesday, September 14, 2011

TEH TARIK APMT- LARIS


BERJAYA...antara orang kuat dalam memastikan Teh Tarik APMT laris



1 SEPTEMBER 2011 Program Rumah Terbuka YB Dr. A RAhman Bin Mokhtar, ADUN Kuala Besut di perkarangan kediaman YB ADUN telah berjalan dengan lancar dan berjaya.

menurut pengarah program, tahun ini sambutan rumah terbuka ini di buat sedikit pembaharuan bagi tujuan mengelakkan kekalutan dan keadaan tidak terkawal. Perancangan tahun ini mengunakan sistem gerai/ khemah makanan mengikut kategori masing-masing : Gerai Nasi minyak/Jangung, Gerai Biskut & kek , Gerai Ketupat & Tapir. Gerai Satay, Gerai Laksa Lemak & Pinang dan Gerai Ais & Teh Tarik. turut diadakan juga pertandingan antara gerai-gerai ini yang mana telah di menangi oleh Gerai Ais & Teh Tarik.

Sempena program rumah terbuka ini pihak APMT DUN Kuala Besut menyediakan Teh Tarik APMT yang mana sangat laris bermula dari jam 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. kakitangan APMT tidak menang tangan dalam memastikan para pengunjung dapat menikmati Teh Tarik APMT.




berita penuh

PEMUDA - BERTEMU PEMIMPIM






23 OGOS 2011 Pergerakan PEMUDA DUN Kuala Besut menganjurkan Program Ramah Mesra Bersama Pemimpim dengan Kerjasama APMT DUN Kuala Besut di Balai Raya Kg lay Out Tok Saboh.

Menurut Pengerusi Pergerakan PEMUDA DUN Kuala Besut, program ini di rancang bertujuan untuk merapatkan golongan belia dengan Pemimpim setempat di samping makan colek yang mana sudah sinonim dengan Bulan Ramahdan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anggota PEMUDA.

Melalui program cakna rakyat ini, anggota APMT juga dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama anggota PEMUDA.

berita penuh

APMT KACAU BUBUR LAMBUT


KERJASAMA...bersama-sama dalam memastikan bubur lambut masak mengikut jadual



27 Ogos 2011 APMT DUN Kuala Besut bersama WANITA & PUTERI berkerjasama memasak Bubur Lambut untuk di agihkan kepada penduduk kampung sempena Bulan Ramadhan Al mubarak di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut.

Bersama-sama program ini, YB Dr. A Rahman Bin Mokhtar, ADUN Kuala Besut turut mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa JKKK, PEMUDA, PUTERI & WANITA seluruh DUN Kuala Besut. Di dalam perjumpaan tersebut YB ADUN turut menyampaikan sumbangan raya berupa kain pasang dan baju melayu.


berita penuh