Sunday, September 25, 2011

SAMBUTAN "DUA DALAM SATU"

Kg Raja APMT DUN dengan kerjasama Penyelaras UMNO DUN Kota Putera telah menganjurkan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 (H) dan ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 pada selasa 20 September 2011 dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Perayaan "DUA DALAM SATU" ini diadakan di Dewan Dato' Abu Bakar Penyelaras UMNO di Kg Raja.

Majlis ini dikunjungi seramai 700 tetamu, dikalangan pemimpin kerajaan, politik dan rakan-rakan sejawat APMT peringkat Daerah dan DUN. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi Yusof ADUN Kota Putera, Wakil Pegawai Daerah Besut, OCPD, PPD, Pegawai Penerangan, Pejabat Agama, Pengetua Sekolah dan rakan-rakan APMT dalam Parlimen Besut turut hadir. Rakan-rakan kongsi APMT terdiri daripada Ketua-ketua Cawangan Empat Sayap UMNO serta Pegerusi dan ahli jawatankuasa JKKK Kota Putera juga hadir sama.

Aturcara majlis sambutan diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera. Beliau mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan tahniah kepada APMT DUN kerana berjaya meneruskan tradisi Sambutan Hari Raya dan Ulangtahun Kemerdekaan. Majlis kibar bendera Jalur Gemilang diadakan dengan ramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dihidangkan dengan Nasi Kerabu, Nasi Arab, Laksa, Ketupat, Tapai, Colek Buah dan Kuih Raya. Ketua Penyelia dalam ucapan penutup menyampaikan beberapa rangkap pantun sempena sambutan "DUA DALAM SATU" yang berbunyi,

"Tanam sawit dilanda gajah,

Semua musnah tinggal sepohon,

Begitu lama kita dijajah,

Baru Merdeka 54 tahun."


Disediakan oleh: HIS






No comments:

Post a Comment