Wednesday, October 19, 2011

BERSARAPAN PAGI BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR.

DUN Kota Putera menjadi tuan rumah kepada kunjungan YAB Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu pada Selasa 18 Oktober 2011. Dato’ Seri singgah sarapan pagi bersama pemimpin kerajaan dan parti di Restoren D’ Kandis, Kg. Raja. YB Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof ADUN Kota Putera menjadi ‘host’ majlis tersebut. Turut hadir YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar Exco Kerajaan Negeri , YB Haji Nawi Bin Mohamad ADUN Hulu Besut, YB. Haji Ramlan Ali ADUN Jabi. Tidak ketinggalan En. A. Rahim Bin Jusoh Pegawai Daerah Besut, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Ketua Polis Daerah Besut.


Seramai 200 orang terdiri daripada 34 Pengerusi JKKK, 32 Ketua Cawangan , AJK Penyelaras DUN, AJK Wanita, Pemuda, Puteri, anggota APMT DUN Kota Putera dan tetamu-tetamu hadir bersarapan bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said. Majlis ramah mesra sambil bersarapan nasi gulai itik berlangsung dari 9.00 hingga 9.30 pagi. Dato’ Seri MB adalah dalam perjalanan menghadiri Majlis Penyerahan e-Book di DUN Kuala Besut dan DUN Hulu Besut. Majlis ini memberi peluang pemimpin tempatan di Kota Putera bertemu mesra dengan pemimpin negeri.

Majlis Penyampaian e- Book kepada 980 murid-murid tahun 4 sekolah-sekolah Zon Kota Putera di sempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera Tuan Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof di dewan Institut Perguruan Sultan Mizan Besut disaksikan 2300 hadirin pada Ahad 16 Oktober 2011.

Ahli Jawatankuasa JKKK dan Cawangan dalam DUN sedang membuat persiapan menyertai Karnival Futsal Piala Pegawai Daerah Besut kali ke 5 pada Jumaat dan Sabtu (28- 29 Oktober 2011) di Gelanggang Futsal Kg. Raja. Karnival ini dianjurkan oleh APMT DUN Kota Putera.

Suasana Majlis Sarapan Pagi Bersama Y.A.B Menteri Besar Terengganu

No comments:

Post a Comment