Wednesday, May 11, 2011

Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia Bermula di kuala Besut

Periksa dan rawat..Doktok gigi sedang memberi rawatan pergigian kepada
salah seorang pesakit sambil diperhatikan oleh YB Exco.


Pekan baru, 05 mei 2011 YB Dr A Rahman Bin Mokhtar, Exco Kesihatan, Perpaduan & Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu telah merasmikan Program Khidmat Masyarakat Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia & Kem Kesihatan Negeri Terengganu pada 05 mei 2011 pada jam 9.00 pagi di JKKK Pekan Baru.

Program ini adalaha anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Besut bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan APMT DUN Kauala Besut.

Program ini adalah perintis kepada klinik pergigian bergerak yang turut akan di adakan di setiap mukim yang mana bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat dalam penjagaan kesihatan mulut dan langkah pencegahan.

berita penuh

Wednesday, March 9, 2011

BIRO PENERANGAN anjur Perjumpaan dengan Penceramah DUN Kuala Besut


TEKUN...semua penceramah mendengar taklimat dari Timbalan Ketua Penerangan UMNO Bahagian BESUT, EN Ghazali Bin Che Noh

DEMONG BEACH RESORT, 8 Mac 2011 Biro Penerangan UMNO DUN Kuala Besut telah menganjurkan satu program perjumpaan penceramah -penceramah pilihanraya DUN Kuala Besut Bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut dan Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Kuala Besut.

Program perjumpaan tersebut bertujuan untuk beramah mesra sesama penceramah di samping memberi input/ maklumat berkenaan isu yang perlu di bawa semasa siri ceramah di cawangan-cawangan akan di adakan serentak bermula pada awal bulan Mei 2011 iaitu selepas persidangan UMNO cawangan.

Anggota APMT DUN Kuala Besut turut hadir dalam majlis tersebut dengan tujuan berkongsi maklumat dan menimba pengalam baru. terdapat juga anggota yang dilantik sebagai penceramah muda.

berita penuh

Tuesday, March 8, 2011

APMT-Akhiri Zaman Bujang


Mesra...pengantin ditemani anggota APMT ibarat satu keluarga

Kg Tok Has, 7 Mac 2011 Mohd Zulkhori Bin Daud, pembantu APMT Dun Kuala Besut telah mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihan hati iaitu Nor Aziha Bt Abd Rahman yang telah di kenali sejak setahun yang lalu.

Sempena majlis menyambut menantu, pihak APMT DUN Kuala Besut telah mengadakan Program Duduk Bersila yang pertama untuk tahun 2011 di samping meraikan hari penuh bahagia pasangan pengantin.

Program Duduk bersila untuk tahun 2011 akan cuba di pelbagaikan coraknya supaya memenuhi keperluan semasa dan akan meliputi setiap lapisan masyarakat dan seperti yang di rancang program duduk bersila ini akan dibuat sebanyak 35siri lagi melibatkan semua cawangan di dalam DUN Kuala besut.


berita penuh

LAWATAN MUHIBBAH KE MELAKA

KOTA PUTERA 8 MAC 2011 APMT DUN Kota Putera ,Besut dan APMT DUN Bukit Payung,Marang bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dan berterima kasih kepada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu(APMT) telah mengatur program Lawatan Ke Melaka,bandaraya bersejarah iaitu dari 3 hingga 5 Mac 2011.Lawatan Muhibbah ini adalah sebahagian daripada hadiah yang diterima kedua-dua DUN ini pada Malam Anugerah APMT 2010 pada 14 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera telah dinobatkan memenangi Anugerah Pengendali Bacaan Sikap Pengundi Terbaik disamping dua orang ahli APMT DUN yang dikurniakan Anugerah Khas YAB Dato' Seri Menteri Besar dan Anugerah Khas YB Tuan Pengarah APMT.


Seramai dua puluh ahli APMT Kota Putera dan enam ahli APMT Bukit Payung menyertai lawatan ini. Mereka diiringi dua orang pegawai dari ibu Pejabat APMT. Pakej lawatan ini dikendalikan oleh Elit Akedamik. Pada jam 9 pagi Khamis 3 Mac, rombongan Kota Putera bertolak dari Kg Raja sebelum mengambil peserta-peserta DUN Bukit Payung. Rombongan kami sampai diMelaka jam 8.00 malam. Kami menginap di Hotel Naza Talyya, Jalan Tun Ali Melaka.

Sebelah pagi hari ke dua bertempat di Bendahara Ballroom, APMT mengendalikan Bengkel Analisis SWOT. Semua ahli rombongan mengambil bahagian. Bengkel dipimpin oleh team Cikgu Aziz dari Kemaman, satu sesi berguna buat ahli-ahli APMT. Pada sebelah petang rombongan dibawa melawat ke Dataran Melaka untuk memberi peluang ahli APMT melihat tempat-tempat bersejarah di Kota 'World Heritage' yang diiktiraf PBB. Ramai ke A Farmosa,Muzium Sejarah, Muzium Samudera, Muzium UMNO dan berbagai lagi. Ada yang mengambil peluang melihat keindahan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari serta menaiki Replika Kapal D Lama. Selain itu ada juga yang membeli belah di Arkib Samudera dan Kompleks sekitar Dataran Pahlawan. Pada sebelah malamnya, kami di bawa belayar mengikuti "Program Cruising Down The Venice Of The East".

Pada hari ke-3, peserta diberi peluang bersiar-siar dan membeli belah di Bandar Melaka sebelum bertolak pulang jam 2.00 petang. Dalam perjalanan pulang, Kami sempat singgah di Tangkak mengunjungi gerai-gerai 'Festival Takstil 2011'Keseluruhannya kami cukup berpuas hati "Melawat Melaka Bersejarah Macam Melawat Satu Malaysia". Kami tertarik dengan kepesatan pembangunannya dan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang sangat Inovatif. Terima kasih kepada penganjur dan terima kasih kepada semua APMT.

Nukilan: Hj Ismail Shafie & Shamsuddin Latif

berita penuh

Sunday, January 23, 2011

APMT RAI VETERAN UMNO-JASAMU DIKENANG


Gembira..salah seorang penerima Anugerah Jasamu Dikenang menerima sijil penghargaan, satu persalinan, sejambak bunga dan wang tunai yang disampaikan oleh YAB. Dato Seri 'Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu


JERTEH, 20 Jan 2011 Seramai 20 orang ahli veteran di raikan dalam Majlis Mesra Veteran UMNO Bersama pemimpin 2011- Jasamu Dikenang di Dewan Majllis Daerah Besut , Gong kemuntong, Jerteh.

Majlis ini adalah anjuran Veteran UMNO Bahagian Besut bersama Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT)Parlimen Besut dengan kerjasama Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Bahagian Besut.

Di anggarkan kira-kira seramai 1500 orang ahli veteran dan ketua-ketua cawangan turut hadir menyambut kedatangan YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama kepimpinan Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu dan Pengarah APMT Negeri Terengganu.

YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said juga turut menyampaikan 8 buah bantuan kerusi roda untuk orang kurang berkemampuan.

berita penuh

Wednesday, December 15, 2010

Program Duduk Bersila- APMT Masuk Dapur


BANTU....Anggota APMT tengah sibuk membantu penyediaan makanan untuk tetamu yang hadir ke Majlis Menyambut Menantu Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut


Kg Baharu APMT DUN Kuala Besut telah mengadakan Program Duduk Bersila bertempat di kediaman Hj Mohamad bin Abdullah ,Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Disember 2010 bermula jam 9.00 pagi

Dalam program ini , APMT mencari kelainan sediki berbanding dengan Program Duduk Bersila yang lepas, kali ini APMT perempuan turun ke dapur untuk bersama-sama penduduk kampung bergotong royong menyiapkan hidangan kepada tetamu manakala APMT Lelaki membantu dalam penyedian minuman.

Ketua penyelia berkata "Melalui pendekatan ini, mengambarkan bahawa APMT bukan sahaja boleh bekerja di pejabat malah boleh jugak masuk dapur di samping mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi dengan masyarakat (dalam konteks ini "Jong Kako") ".


berita penuh

Sunday, December 12, 2010

KARNIVAL FUTSAL JKKK DUN KOTA PUTERA 2010

Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera 2010


KOTA PUTERA 10 & 11 DISEMBER 2010 - Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera telah diadakan pada hari Jumaat 10 Disember dan Sabtu 11 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera menjadi penganjur utama Karnival ini, dengan mendapat tunjangan dari Pejabat Daerah Besut dan Penyelaras UMNO DUN Kota Putera. Tahun ini merupakan tahun ketiga pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Daerah Besut. Karnival berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Besut, Kg Raja.

Seramai lebih 500 orang pemimpin akar umbi dari 34 JKKK DUN Kota Putera memberi sambutan kepada Karnival Futsal tahunan ini. Sukan Futsal adalah satu lagi kaedah membawa himpun pemimpin-pemimpin 'grass-root' membentuk pasukan dan bertanding dengan semangat kesukanan. Penganjur tidak bertujuan mencungkil jaguh Futsal untuk mewakili negeri atau negara, tetapi memberi peluang kepada pemimpin -pemimpin, Pejabat Daerah, UMNO dan APMT menjalin silaturahim. JKKK juga boleh memperlihatkan mutu kecergasan dan kesihatan mereka.

Pada Karnival kali ini, JKKK Rumah Awam Alor Lintang II sekali lagi muncul juara dan JKKK Kg Kubang Ikan mendapat naib johan. JKKK Seberang Kastam memduduki tempat ketiga. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putera telah melakukan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Dalam ucapannya Yang Berhormat menyarankan supaya dimasa akan datang penganjur menyediakan hadiah atau insentif yang lebih besar bagi menarik penyertaan yang lebih bermutu. Beliau juga menyarankan supaya dianjur apa jua acara sukan untuk pemimpin-pemimpin wanita dalam JKKK. Diharap Karnival akan datang menjadi lebih meriah.

Antara gambar-gambar menarik yang dapat dikongsi bersama


Disediakan oleh : Haji Ismail Shafie, Shamsuddin Latif & Mohd Faisal Zulkifli








berita penuh