KOTA PUTERA 8 MAC 2011 APMT DUN Kota Putera ,Besut dan APMT DUN Bukit Payung,Marang bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dan berterima kasih kepada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu(APMT) telah mengatur program Lawatan Ke Melaka,bandaraya bersejarah iaitu dari 3 hingga 5 Mac 2011.Lawatan Muhibbah ini adalah sebahagian daripada hadiah yang diterima kedua-dua DUN ini pada Malam Anugerah APMT 2010 pada 14 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera telah dinobatkan memenangi Anugerah Pengendali Bacaan Sikap Pengundi Terbaik disamping dua orang ahli APMT DUN yang dikurniakan Anugerah Khas YAB Dato' Seri Menteri Besar dan Anugerah Khas YB Tuan Pengarah APMT.
Seramai dua puluh ahli APMT Kota Putera dan enam ahli APMT Bukit Payung menyertai lawatan ini. Mereka diiringi dua orang pegawai dari ibu Pejabat APMT. Pakej lawatan ini dikendalikan oleh Elit Akedamik. Pada jam 9 pagi Khamis 3 Mac, rombongan Kota Putera bertolak dari Kg Raja sebelum mengambil peserta-peserta DUN Bukit Payung. Rombongan kami sampai diMelaka jam 8.00 malam. Kami menginap di Hotel Naza Talyya, Jalan Tun Ali Melaka.
Sebelah pagi hari ke dua bertempat di Bendahara Ballroom, APMT mengendalikan Bengkel Analisis SWOT. Semua ahli rombongan mengambil bahagian. Bengkel dipimpin oleh team Cikgu Aziz dari Kemaman, satu sesi berguna buat ahli-ahli APMT. Pada sebelah petang rombongan dibawa melawat ke Dataran Melaka untuk memberi peluang ahli APMT melihat tempat-tempat bersejarah di Kota 'World Heritage' yang diiktiraf PBB. Ramai ke A Farmosa,Muzium Sejarah, Muzium Samudera, Muzium UMNO dan berbagai lagi. Ada yang mengambil peluang melihat keindahan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari serta menaiki Replika Kapal D Lama. Selain itu ada juga yang membeli belah di Arkib Samudera dan Kompleks sekitar Dataran Pahlawan. Pada sebelah malamnya, kami di bawa belayar mengikuti "Program Cruising Down The Venice Of The East".
Pada hari ke-3, peserta diberi peluang bersiar-siar dan membeli belah di Bandar Melaka sebelum bertolak pulang jam 2.00 petang. Dalam perjalanan pulang, Kami sempat singgah di Tangkak mengunjungi gerai-gerai 'Festival Takstil 2011'Keseluruhannya kami cukup berpuas hati "Melawat Melaka Bersejarah Macam Melawat Satu Malaysia". Kami tertarik dengan kepesatan pembangunannya dan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang sangat Inovatif. Terima kasih kepada penganjur dan terima kasih kepada semua APMT.
Nukilan: Hj Ismail Shafie & Shamsuddin Latif
No comments:
Post a Comment