Sunday, January 23, 2011

APMT RAI VETERAN UMNO-JASAMU DIKENANG


Gembira..salah seorang penerima Anugerah Jasamu Dikenang menerima sijil penghargaan, satu persalinan, sejambak bunga dan wang tunai yang disampaikan oleh YAB. Dato Seri 'Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu


JERTEH, 20 Jan 2011 Seramai 20 orang ahli veteran di raikan dalam Majlis Mesra Veteran UMNO Bersama pemimpin 2011- Jasamu Dikenang di Dewan Majllis Daerah Besut , Gong kemuntong, Jerteh.

Majlis ini adalah anjuran Veteran UMNO Bahagian Besut bersama Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT)Parlimen Besut dengan kerjasama Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Bahagian Besut.

Di anggarkan kira-kira seramai 1500 orang ahli veteran dan ketua-ketua cawangan turut hadir menyambut kedatangan YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama kepimpinan Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu dan Pengarah APMT Negeri Terengganu.

YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said juga turut menyampaikan 8 buah bantuan kerusi roda untuk orang kurang berkemampuan.

1 comment:

  1. Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
    http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    ReplyDelete