Wednesday, March 31, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA


KARNIVAL USAHAWAN MUDA DUN KOTA PUTERA

Pekan Air Tawar, 11 Mac 2010 . Karnival Usahawan Muda Kota Putera telah dianjurkan oleh Frangipanni Food & Spa. Karnival ini berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 14 Mac 2010.
Karnival yang julung-julung kali diadakan di Kota Putera ini, telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berhormat Hj Muhammad Pehimi bin Yusof Adun Kota Putera. Beliau juga merupakan pencetus ideal kepada Karnival ini. Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama BTN, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, PDRM Dan Maxis yang merupakan penaja bersama. Matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul Usahawan dan Syarikat yang ditubuhkan oleh anak watan Dun Kota Putera dan Besut amnya, bagi mempromosi syarikat masing-masing.
Syarikat ini juga telah menjadi penyumbang bagi Karnival ini. Iaitu Syarikat Hasriff Ais, Denai Bina Sdn Bhd, Batu Tumboh Holding, Pok Chan Studio, PTA Grafik Ideal, Karangkra, STR Batik dan Cse Commen Supply Engineering.
Acara-acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival ialah Gerai Pameran, Permainan Tradisional, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nyanyian, Pertandingan Memasak, Pertunjukkan Fesyen, Karaoke & cabutan Bertuah. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pemilik Frangipanni iaitu En. Zakaria bin Ibrahim dan En. Wan Hassan bercadang untuk menganjurkan Karnival ini tiga bulan sekali.

berita penuh

Sunday, March 21, 2010

PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA PEDA


YAB Dato` Menteri Besar merasmikan upacara 'Pecah Tanah' di tapak projek Empangan Paya Peda


PASIR AKAR, BESUT-21 MAC 2010 Bertempat di Empangan Angga, Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Empangan Paya Peda telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB dato’ Ahmad bin Said dan disaksikan oleh YB Datuk Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek ini akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan bekalan air kepada skim Pengairan Padi Besut iaitu seluas 5174 hektar untuk menjayakan perusahaan penanaman padi dua kali setahun.


Empangan Paya Peda juga berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan takungan air yang terbesar di Besut bagi kegunaan pertanian terutamanya pada musim kemarau serta kegunaan domestik.

Selain itu, empangan ini juga mampu mengurangkan kesan banjir dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kemusnahan sawah padi semasa musim tengkujuh
Dengan wujudnya empangan ini akan dapat menambahkan lagi kawasan pelancongan di daerah Besut melalui pelbagai aktiviti seperti memancing dan sukan air.

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian untuk melaksanakan projek empangan ini yang dijangka siap pada Julai 2013.

BESUT HARI INI

berita penuh

Thursday, March 18, 2010

PROGRAM DUDUK BERSILA- RAJA SEHARI


BESUT 15 MAC –Anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Kuala Besut mengadakan Program Raja Sehari di rumah Abdullah Bin Che Isa (Che Hamid) bermula jam 10.00 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota APMT mendekati masyarakat termasuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

Sepanjang program ini APMT membantu dalam persiapan tempat, penyediaan makanan dan minuman di samping penyambut tetamu.

Majlis akad nikah pasangan ini iaitu Che Nor Haznita Binti Abdullah dengan Shahrul Izal Bin Kamarulzaman berlangsung pada jam 11.00pagi diikuti majlis bersanding pada jam 2.30 Petang.

Peserta program ini iaitu En. Abdullah Che Isa memberitahu beliau amat berterima kasih kepada anggota APMT yang sudi membantu dan berharap program ini akan diteruskan lagi.

berita penuh

Tuesday, March 16, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT PARLIMEN BESUT



TEKUN…. YB Hj.Dr. A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut) dan isteri menyucuk jarum : salah satu acara VIP

BESUT 13 Mac - UMNO Bahagian Besut telah menganjurkan Program Juara Rakyat di Pentas Rebana, kg Air Tawar bemula jam 8.00 pagi.


Senamrobik di adakan sebagai acara pembuka tirai dan diikuti dengan majlis perasmian oleh Dato’ Sri Idris Jusoh, Ketua UMO Bahagian Besut.

Sukaneka pelbagai kategori menjadi permainan utama yang dipertandingan melibatkan 4 DUN : Jerteh, Kota Putra, Kuala Besut dan Hulu Besut.

TUDM, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)dan Jabatan Pertanian antara jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

BESUT HARI INI

berita penuh

Sunday, March 7, 2010

Kursus Kewartawanan APMT

Satu kursus kewartawanan Siri 1 telah pun diadakan di Marang Village Resort & Spa yang disertai oleh 50 orang kakitangan APMT bermula dari 6 - 8 Mac 2010.

berita penuh