BANTU....Anggota APMT tengah sibuk membantu penyediaan makanan untuk tetamu yang hadir ke Majlis Menyambut Menantu Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut
Kg Baharu APMT DUN Kuala Besut telah mengadakan Program Duduk Bersila bertempat di kediaman Hj Mohamad bin Abdullah ,Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Disember 2010 bermula jam 9.00 pagi
Dalam program ini , APMT mencari kelainan sediki berbanding dengan Program Duduk Bersila yang lepas, kali ini APMT perempuan turun ke dapur untuk bersama-sama penduduk kampung bergotong royong menyiapkan hidangan kepada tetamu manakala APMT Lelaki membantu dalam penyedian minuman.
Ketua penyelia berkata "Melalui pendekatan ini, mengambarkan bahawa APMT bukan sahaja boleh bekerja di pejabat malah boleh jugak masuk dapur di samping mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi dengan masyarakat (dalam konteks ini "Jong Kako") ".
Wednesday, December 15, 2010
Program Duduk Bersila- APMT Masuk Dapur
Sunday, December 12, 2010
KARNIVAL FUTSAL JKKK DUN KOTA PUTERA 2010
Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera 2010
KOTA PUTERA 10 & 11 DISEMBER 2010 - Karnival Futsal JKKK DUN Kota Putera telah diadakan pada hari Jumaat 10 Disember dan Sabtu 11 Disember 2010. APMT DUN Kota Putera menjadi penganjur utama Karnival ini, dengan mendapat tunjangan dari Pejabat Daerah Besut dan Penyelaras UMNO DUN Kota Putera. Tahun ini merupakan tahun ketiga pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Daerah Besut. Karnival berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Besut, Kg Raja.
Seramai lebih 500 orang pemimpin akar umbi dari 34 JKKK DUN Kota Putera memberi sambutan kepada Karnival Futsal tahunan ini. Sukan Futsal adalah satu lagi kaedah membawa himpun pemimpin-pemimpin 'grass-root' membentuk pasukan dan bertanding dengan semangat kesukanan. Penganjur tidak bertujuan mencungkil jaguh Futsal untuk mewakili negeri atau negara, tetapi memberi peluang kepada pemimpin -pemimpin, Pejabat Daerah, UMNO dan APMT menjalin silaturahim. JKKK juga boleh memperlihatkan mutu kecergasan dan kesihatan mereka.
Pada Karnival kali ini, JKKK Rumah Awam Alor Lintang II sekali lagi muncul juara dan JKKK Kg Kubang Ikan mendapat naib johan. JKKK Seberang Kastam memduduki tempat ketiga. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putera telah melakukan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Dalam ucapannya Yang Berhormat menyarankan supaya dimasa akan datang penganjur menyediakan hadiah atau insentif yang lebih besar bagi menarik penyertaan yang lebih bermutu. Beliau juga menyarankan supaya dianjur apa jua acara sukan untuk pemimpin-pemimpin wanita dalam JKKK. Diharap Karnival akan datang menjadi lebih meriah.
Antara gambar-gambar menarik yang dapat dikongsi bersama
Disediakan oleh : Haji Ismail Shafie, Shamsuddin Latif & Mohd Faisal Zulkifli
berita penuh
Wednesday, November 24, 2010
Sukan Rakyat -JKKK Pacakan & APMT DUN Kuala Besut
PMesra Rakyat....YB Hj. Dr A Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut , turut serta sebagai pengadil dalam acara tarik tali, salah satu acara yang di pertandingkan
Pacakan, 13 November 2010 JKKK Kg Pacakan dengan kerjasama APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Sukan Rakyat bertempat di Padang Bola Kg Pacakan bermula jam 8.30 pagi.
Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim masyarakat kampung di samping berpeluang berjumpa dengan YB ADUN dan Isteri yang turut serta sepanjang program tersebut.
Monday, October 18, 2010
PEMUDA & PUTERI anjur Kejohanan Futsal Piala MB
Kuala Besut, 17 September 2010 Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Negeri Terengganu bersama Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Bahagian Besut dan Kementerian Belia & Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan Kejohanan Futsal Piala MB peringkat DUN Kuala Besut bermula pada 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010.
Kejohanan ini di adakan untuk mencari pasukan yang akan mewakili Dun Kuala Besut ke peringkat Parlimen Besut dalam Kejohanan yang akan di adakan pada 29 Oktober sehingga 30 Oktober 2010 ini.
Pasukan dari Cawangan PEMUDA Tok Saboh dan Cawangan PUTERI Kuala Besut telah memenangi tempat pertama kejohanan tersebut dengan menerima wang tunai RM500.
Monday, September 27, 2010
Program 1 Malaysia APMT Parlimen Besut
Tahniah...YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof menyampaikan hadiah kepada Saudara Azizi MY , pemenang tempat pertama pertandingan karaoke
Jerteh, 27 September 2010 - APMT Parlimen Besut telah menganjurkan Program 1 Malaysia dan Jalinan Mesra Aidilfitri 1431H di Dewan Nurul Ehsan, Bangunan UMNO bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.
Program ini di hadiri oleh YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof dan Isteri , Wanita MCA , 4 sayap UMNO Bahagian Besut di samping anggota APMT seluruh Parlimen Besut serta keluarga dan jemputan yang turut sama memeriahkan lagi majlis.
Pertandingan karaoke peringkat APMT di adakan bagi mencari calon untuk mewakil Parlimen Besut ke Majlis Anugerah APMT Negeri Terengganu dan juga sebagai persembahan kepada semua yang hadir pada malam tersebut.
Sunday, September 26, 2010
Perarakan 1 Malaysia
1 Malaysia!!...ungkapan yang dilaungkan sebagai tanda sokongan padu kepada pimpinan negara dalam mengekalkan perpanduan, kemakmuran dan keharmonian Malaysia.
Pekan lama, 16 September 2010- Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, Syarikat Mahligai,Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dan APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Perarakan 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia bermula di Hentian Kereta Sewa Kuala Besut melalui Bandar Jerteh , Kota Putra dan kembali ke hentian.
Perarakan ini di lepaskan mulai jam 10.00 pagi oleh YB Hj.Dr. A.Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut dengan di iringi oleh Pasukan Polis Trafik Cawangan Jerteh. Rombongan perarakan ini sampai semula di hentian pada pukul 11.30 pagi.
berita penuh
Perarakan ini di lepaskan mulai jam 10.00 pagi oleh YB Hj.Dr. A.Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut dengan di iringi oleh Pasukan Polis Trafik Cawangan Jerteh. Rombongan perarakan ini sampai semula di hentian pada pukul 11.30 pagi.
Tuesday, September 21, 2010
Sambutan Hari Raya DUN Kuala Besut
Tarik....salah seorang anggota APMT (riza) sedang menyediakan "Teh Tarik Special' untuk tetamu yang hadir.
JKKK Pekan Baru, 12 September 2010 - Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat DUN Kuala Besut di Kediaman YB Hj. Dr. A Rahman B Mokhtar bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Di anggarkan kira-kira 3000 orang penduduk hadir sepanjang program tersebut untuk menjamu selera di samping bertemu mesra bersama YB ADUN dan isteri
Di dalam majlis itu juga, anggota APMT terlibat secara langsung dalam menyediakan minuman dan teh tarik kepada tetamu yang hadir di samping hidangan lain yang di sediakan oleh pihak katering. Jawatankuasa Penyelaras, Puteri dan Wanita DUN turut serta dalam memeriahkan majlis dan menyambut tetamu yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)