Wednesday, November 24, 2010

Sukan Rakyat -JKKK Pacakan & APMT DUN Kuala Besut

PMesra Rakyat....YB Hj. Dr A Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut , turut serta sebagai pengadil dalam acara tarik tali, salah satu acara yang di pertandingkan



Pacakan, 13 November 2010
JKKK Kg Pacakan dengan kerjasama APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Sukan Rakyat bertempat di Padang Bola Kg Pacakan bermula jam 8.30 pagi.

Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim masyarakat kampung di samping berpeluang berjumpa dengan YB ADUN dan Isteri yang turut serta sepanjang program tersebut.


berita penuh

Monday, October 18, 2010

PEMUDA & PUTERI anjur Kejohanan Futsal Piala MB




Kuala Besut, 17 September 2010
Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Negeri Terengganu bersama Pergerakan PEMUDA & PUTERI UMNO Bahagian Besut dan Kementerian Belia & Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan Kejohanan Futsal Piala MB peringkat DUN Kuala Besut bermula pada 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010.

Kejohanan ini di adakan untuk mencari pasukan yang akan mewakili Dun Kuala Besut ke peringkat Parlimen Besut dalam Kejohanan yang akan di adakan pada 29 Oktober sehingga 30 Oktober 2010 ini.

Pasukan dari Cawangan PEMUDA Tok Saboh dan Cawangan PUTERI Kuala Besut telah memenangi tempat pertama kejohanan tersebut dengan menerima wang tunai RM500.


berita penuh

Monday, September 27, 2010

Program 1 Malaysia APMT Parlimen Besut

Tahniah...YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof menyampaikan hadiah kepada Saudara Azizi MY , pemenang tempat pertama pertandingan karaoke


Jerteh, 27 September 2010 -
APMT Parlimen Besut telah menganjurkan Program 1 Malaysia dan Jalinan Mesra Aidilfitri 1431H di Dewan Nurul Ehsan, Bangunan UMNO bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Program ini di hadiri oleh YB Hj Muhammad Pehimi B Yusof dan Isteri , Wanita MCA , 4 sayap UMNO Bahagian Besut di samping anggota APMT seluruh Parlimen Besut serta keluarga dan jemputan yang turut sama memeriahkan lagi majlis.

Pertandingan karaoke peringkat APMT di adakan bagi mencari calon untuk mewakil Parlimen Besut ke Majlis Anugerah APMT Negeri Terengganu dan juga sebagai persembahan kepada semua yang hadir pada malam tersebut.





berita penuh

Sunday, September 26, 2010

Perarakan 1 Malaysia

1 Malaysia!!...ungkapan yang dilaungkan sebagai tanda sokongan padu kepada pimpinan negara dalam mengekalkan perpanduan, kemakmuran dan keharmonian Malaysia.

Pekan lama, 16 September 2010- Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, Syarikat Mahligai,Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dan APMT DUN Kuala Besut telah menganjurkan Program Perarakan 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia bermula di Hentian Kereta Sewa Kuala Besut melalui Bandar Jerteh , Kota Putra dan kembali ke hentian.

Perarakan ini di lepaskan mulai jam 10.00 pagi oleh YB Hj.Dr. A.Rahman B Mokhtar, ADUN Kuala Besut dengan di iringi oleh Pasukan Polis Trafik Cawangan Jerteh. Rombongan perarakan ini sampai semula di hentian pada pukul 11.30 pagi.



berita penuh

Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Hari Raya DUN Kuala Besut

Tarik....salah seorang anggota APMT (riza) sedang menyediakan "Teh Tarik Special' untuk tetamu yang hadir.



JKKK Pekan Baru, 12 September 2010 -
Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat DUN Kuala Besut di Kediaman YB Hj. Dr. A Rahman B Mokhtar bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Di anggarkan kira-kira 3000 orang penduduk hadir sepanjang program tersebut untuk menjamu selera di samping bertemu mesra bersama YB ADUN dan isteri

Di dalam majlis itu juga, anggota APMT terlibat secara langsung dalam menyediakan minuman dan teh tarik kepada tetamu yang hadir di samping hidangan lain yang di sediakan oleh pihak katering. Jawatankuasa Penyelaras, Puteri dan Wanita DUN turut serta dalam memeriahkan majlis dan menyambut tetamu yang hadir.

berita penuh

PROGRAM AMBANG MERDEKA SAHUR RAKYAT APMT DUN KOTA PUTERA 2010





"Ambang Merdeka Sahur Rakyat"

Program Ambang Merdeka Sahur Rakyat pada 30 Ogos 2010 tiap tahun menjadi program tetap di DUN Kota Putera. Ia dianjurkan bersama oleh Penyelaras UMNO, APMT DUN & Sekolah-sekolah Menengah dalam DUN ini. Tahun lepas sambutan diadakan di Peti Undi Kg Raja dan pada program ini telah diadakan di Peti Undi Kg Alor Lintang, Amer bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Tengku Mahmud I.

Majlis sambutan ini diisi dengan program deklamasi sajak oleh Wan Hanafi bin su seorang Tokoh Seniman tanah air kelahiran Kg Alor Lintang, persembahan Koir, Nasyid &Sketsa Merdeka dari sekolah-sekolah menengah dalam DUN. Penganjur meraikan Tokoh Kemerdekaan Dato' Haji Abu Bakar bin Ahmad yang berucap mengunkap kisah pejuang kemerdekaan di Daerah Besut.

Majlis dirasmikan oleh YB Haji Mohamad Pehimi bin Yusof ADUN Kota Putera.Tepat jam 12.00 malam hadirin melaungkan "Merdeka" sambil mengibar-mengibar Jalur Gemilang. Koir Sekolah Menengah Tengku Mahmud menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang". Suasana dimeriahkan lagi dengan letupan mercun dan bunga api. Lebih 3000 penonton mengambil bahagian memeriahkan sambutan ambang merdeka kali ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pelbagai pertandingan sempena sambutan ambang merdeka sahur rakyat 2010 ini antaranya.Banner kain rentang merdeka terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Tuanku Nur Zahirah, Sekolah Menengah Nasiruddin Shah dipilih sebagai Sekolah paling Patrotik 2010, Dekorasi Kampung dengan Jalur Gemilang jatuh kepada Kg Gong Bayor & Pejabat paling meriah dengan Jalur Gemilang ialah Pejabat Majlis Daerah Besut.
Majlis berakhir jam 12.45 pagi dengan hidangan sahor.

Antara gambar-gambar yang menarik semasa majlis tersebut seperti berikut

Disediakan oleh : Azhar Ali & Haji Ismail Shafie











berita penuh

MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT PENYELARAS UMNO DUN KOTA PUTERA 2010

Majlis Berbuka Puasa Pejabat Penyelaras UMNO Dun Kota Putera 2010


KOTA PUTERA Khamis 26 Ogos 2010, Penyelaras UMNO DUN KOTA PUTERA dengan kerjasama APMT DUN telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini diadakan di Pejabat Penyelaras UMNO DUN. Seramai 500 orang terdiri daripada ketua-ketua UMNO, pemimpin masyarakat & ketua-ketua jabatan hadir di majlis berbuka puasa ini.Turut hadir YB Haji Mohamad Pehimi bin Yusof ADUN Kota PUtera, isteri dan anak-anak.

Sebelum berbuka Haji Amlin bin Yaakob memimpin bacaan tahlil dan bacaan doa. Majlis itu dipengerusikan oleh Haji Zali bin Ali Penyelia APMT DUN. Majlis juga meraikan sambutan hari jadi YB yang mana jatuh pada 25 ogos 2010. Majlis bersurai jam 7.30 malam.

Antara gambar-gambar yang dapat dipaparkan semasa suasana majlis tersebut seperti berikut

Disediakan oleh : Hajah Rahimah binti Ab Rahman





berita penuh