BESUT HARI INI
KOTA PUTERA – Hampir 6,000 penduduk sekitar Parlimen Besut membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Kota Putera, YB Haji Muhamad Pehimi Bin Yusof yang diadakan di kediamannya di Kampung Batu Tumbuh pada Hari Raya Aidilfitri yang ke-3 yang lalu.
Kemeriahan Syawal jelas terasa seawal rumah terbuka bermula pukul 9 pagi dengan tetamu bersilih ganti untuk menikmati pelbagai jenis juadah tradisional dan moden sehingga pukul 3 petang.
Turut hadir, ADUN Jertih yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas ADUN Kuala Besut, Dato’ Wan Zakaria Wan Abd Rahman dan ramai lagi.
Paling gembira, golongan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada YB selain mengambil kesempatan untuk bersalaman serta bergambar dengan ADUN Kota Putera. – Oleh TAJUDDIN, Media APMT DUN Kota Putera.
No comments:
Post a Comment