Tuesday, December 27, 2011

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA


KUALA LUMPUR- Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (Dun Kota Putera) dengan kerjasama APMT negeri telah berjaya mengadakan Kursus Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Dun Kota Putera pada 15-17 Disember 2011 bertempat di Cititel Express Kuala Lumpur. Seramai 75 peserta yang terdiri daripada 54 pemuda dan 21 puteri Dun Kota Putera telah menghadiri kursus ini. Kursus ini turut disertai oleh seramai 14 orang pembantu APMT Dun Kota Putera.

Aturcara kursus bermula dengan majlis perasmian yang telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera iaitu YB Haji Mohammad Pehimi Bin Haji Yusof di Pejabat Penyelaras Dun sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Antara intipati ucapan beliau adalah beliau berharap agar semua peserta mendapat pengetahuan yang berguna untuk disalurkan kepada rakan-rakan apabila kembali ke kampung. Selain itu beliau juga berterima kasih kepada APMT negeri kerana memberi kepercayaan kepada APMT Dun Kota Putera untuk mengendalikan kursus ini.

Antara pengisian kursus sepanjang 3 hari, 2 malam tersebut adalah ceramah oleh Ustaz Haji Kamaruldin Bin Omar, Pegawai Khas Agama kepada YAB MB Terengganu dan ceramah oleh Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah, bekas Naib Canselor UiTM. Banyak isu-isu politik semasa yang telah dikupas oleh para penceramah yang dapat membangkitkan kesedaran minda kepada setiap peserta. Motivasi yang disampaikan oleh penceramah dapat membantu bakal-bakal pemimpin masa depan dalam menghadapi persiapan PRU13.

Pemimpin-pemimpin muda ini telah diraikan pada Majlis Makan Malam di Restoran Nelayan Titiwangsa. Selain itu pada malam 17 Disember 2011 sebelum bertolak pulang ke Kota Putera, peserta telah mengikuti Konsert 25 tahun Ruth Sahanaya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut hadir dalam konsert tersebut ialah mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah bt Ali.





berita penuh

KARNIVAL FUTSAL JKKK PIALA PEGAWAI DAERAH DUN KOTA PUTERA 2011





KOTA PUTERA - Buat kali ke 5, APMT DUN Kota Putera menganjurkan Karnival Futsal antara JKKK-UMNO bagi merebut Piala Pegawai Daerah Besut. Kejohanan yang dilangsungkan bertempat di Gelanggang Futsal Daerah di Kampung Raja pada 9 & 10 Disember 2011. Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan futsal dari JKKK-UMNO DUN Kota Putera. Yang Berhormat Haji Muhamad Pehimi Bin Yusof, ADUN Kota Putera telah berbesar hati untuk merasmikan karnival kali ini.

Pada karnival kali ini, sejumlah 32 JKKK dalam DUN Kota Putera telah menyertai dengan JKKK-UMNO Kg Padang Cili telah berjaya merangkul kejuaraan, manakala naib juara disandang oleh JKKK-UMNO Kg Seri Medang. Johan membawa pulang hadiah wang tunai, jersi dan piala pusingan. Karnival ini telah diadili oleh pengadil BEFA.

Dalam ucapan penutup, Yang Berhormat berharap agar karnival sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap agar dapat mengeratkan silaturahim antara semua.






berita penuh

Wednesday, October 19, 2011

BESUT HARI INI

berita penuh

BERSARAPAN PAGI BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR.

DUN Kota Putera menjadi tuan rumah kepada kunjungan YAB Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu pada Selasa 18 Oktober 2011. Dato’ Seri singgah sarapan pagi bersama pemimpin kerajaan dan parti di Restoren D’ Kandis, Kg. Raja. YB Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof ADUN Kota Putera menjadi ‘host’ majlis tersebut. Turut hadir YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar Exco Kerajaan Negeri , YB Haji Nawi Bin Mohamad ADUN Hulu Besut, YB. Haji Ramlan Ali ADUN Jabi. Tidak ketinggalan En. A. Rahim Bin Jusoh Pegawai Daerah Besut, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Ketua Polis Daerah Besut.


Seramai 200 orang terdiri daripada 34 Pengerusi JKKK, 32 Ketua Cawangan , AJK Penyelaras DUN, AJK Wanita, Pemuda, Puteri, anggota APMT DUN Kota Putera dan tetamu-tetamu hadir bersarapan bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said. Majlis ramah mesra sambil bersarapan nasi gulai itik berlangsung dari 9.00 hingga 9.30 pagi. Dato’ Seri MB adalah dalam perjalanan menghadiri Majlis Penyerahan e-Book di DUN Kuala Besut dan DUN Hulu Besut. Majlis ini memberi peluang pemimpin tempatan di Kota Putera bertemu mesra dengan pemimpin negeri.

Majlis Penyampaian e- Book kepada 980 murid-murid tahun 4 sekolah-sekolah Zon Kota Putera di sempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera Tuan Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof di dewan Institut Perguruan Sultan Mizan Besut disaksikan 2300 hadirin pada Ahad 16 Oktober 2011.

Ahli Jawatankuasa JKKK dan Cawangan dalam DUN sedang membuat persiapan menyertai Karnival Futsal Piala Pegawai Daerah Besut kali ke 5 pada Jumaat dan Sabtu (28- 29 Oktober 2011) di Gelanggang Futsal Kg. Raja. Karnival ini dianjurkan oleh APMT DUN Kota Putera.

Suasana Majlis Sarapan Pagi Bersama Y.A.B Menteri Besar Terengganu

berita penuh