Sunday, April 15, 2012

AGIHAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

JERTEH-Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama  Dato' Seri  Hj Idris Bin Jusoh. Di mana agihan ini adalah secara berperingkat bagi kawasan dun Jerteh.







berita penuh

Friday, March 23, 2012

RANGKUMAN PROGRAM YANG BERLANGSUNG DI DUN KOTA PUTERA SEPANJANG BULAN MAC

BESUT HARI INI


KOTA PUTERA - Pelbagai program-program yang melibatkan golongan masyarakat setempat telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2012. Program-program ini melibatkan kerjasama antara pelbagai pihak antaranya Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Jabatan Kebajikan Masyarakat Besut, Pemuda UMNO Bahagian Besut, Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera dan banyak lagi pihak. Antara program yang telah dilangsungkan adalah Karnival Generasi Muda Cemerlang Terengganu pada 8-14 Mac 2012, Majlis Penyampaian Bantuan & Ramah Mesra Penerima Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 21 Mac 2012, Pertandingan Bilik Gerakan Peti Undi DUN Kota Putera pada 19-23 Mac 2012 dan banyak lagi.


KARNIVAL GENERASI MUDA CEMERLANG TERENGGANU

TARIKH : 8-14 MAC 2012

TEMPAT : MINI STADIUM KG RAJA












MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN & RAMAH MESRA PENERIMA BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
TARIKH : 21 MAC 2012
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA BESUT




PERTANDINGAN BILIK GERAKAN PETI UNDI DUN KOTA PUTERA
TARIKH : 19-23 MAC 2012
TEMPAT : DUN KOTA PUTERA







berita penuh

Sunday, February 19, 2012

PROGRAM TEAM BUILDING PEGAWAI APMT NEGERI TERENGGANU 2012

KOTA PUTERA - Parlimen Besut buat julung kalinya telah dipilih sebagai lokasi Program Team Building Pegawai APMT negeri Terengganu kali kedua bertempat di Demong Beach Resort. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam dari 8 Februari hingga 9 Februari 2012 ini telah dihadiri seramai 42 orang yang dihadiri Pengarah APMT negeri Terengganu, Timbalan Pengarah APMT negeri Terengganu, pegawai-pegawai APMT negeri, pegawai penyelia Parlimen dan ketua-ketua penyelia setiap DUN.

Parlimen Besut telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah untuk program kali ini. Peserta-peserta program yang hadir berserta semua anggota APMT Parlimen Besut telah diraikan pada Majlis Makan Malam di Demong Beach Resort. Pada malam itu, para tetamu telah diserikan dengan persembahan oleh kumpulan muzik tradisional daerah Besut (Gamutra) dan persembahan wayang kulit oleh Saufi dan diiringi oleh pemuzik Sanggar Budaya. Para tetamu yang hadir begitu terhibur dengan kelucuan telatah Saufi.















berita penuh

Saturday, January 7, 2012

PROGRAM "JOM GUNTING RAMBUT"




KOTA PUTERA – Program “Jom Gunting Rambut” Kembali ke Sekolah telah diadakan bertempat di Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera pada 29 Disember 2011. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Pejabat KEMAS Daerah Besut dan Penyelaras Pemuda DUN Kota Putera.

Program yang julung kali dilaksanakan ini, dirasmikan sendiri oleh YB DUN Kota Putera iaitu Yang Berhormat Haji Muhamad Pehimi Bin Yusof. Turut serta dalam program ini ialah Puan Hajah Zainun bt Latif, Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Besut, Puan Noraini Bt Mohd Zin, Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Kota Putera dan Che Omar bin Mahmud, Penyelaras Pemuda DUN Kota Putera.

Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah sekitar DUN Kota Putera. Seramai 5 orang tukang gunting dari sekitar DUN Kota Putera telah didatangkan khas bagi menjayakan program ini.

BESUT HARI INI

berita penuh

Tuesday, December 27, 2011

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA


KUALA LUMPUR- Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (Dun Kota Putera) dengan kerjasama APMT negeri telah berjaya mengadakan Kursus Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Dun Kota Putera pada 15-17 Disember 2011 bertempat di Cititel Express Kuala Lumpur. Seramai 75 peserta yang terdiri daripada 54 pemuda dan 21 puteri Dun Kota Putera telah menghadiri kursus ini. Kursus ini turut disertai oleh seramai 14 orang pembantu APMT Dun Kota Putera.

Aturcara kursus bermula dengan majlis perasmian yang telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Putera iaitu YB Haji Mohammad Pehimi Bin Haji Yusof di Pejabat Penyelaras Dun sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Antara intipati ucapan beliau adalah beliau berharap agar semua peserta mendapat pengetahuan yang berguna untuk disalurkan kepada rakan-rakan apabila kembali ke kampung. Selain itu beliau juga berterima kasih kepada APMT negeri kerana memberi kepercayaan kepada APMT Dun Kota Putera untuk mengendalikan kursus ini.

Antara pengisian kursus sepanjang 3 hari, 2 malam tersebut adalah ceramah oleh Ustaz Haji Kamaruldin Bin Omar, Pegawai Khas Agama kepada YAB MB Terengganu dan ceramah oleh Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah, bekas Naib Canselor UiTM. Banyak isu-isu politik semasa yang telah dikupas oleh para penceramah yang dapat membangkitkan kesedaran minda kepada setiap peserta. Motivasi yang disampaikan oleh penceramah dapat membantu bakal-bakal pemimpin masa depan dalam menghadapi persiapan PRU13.

Pemimpin-pemimpin muda ini telah diraikan pada Majlis Makan Malam di Restoran Nelayan Titiwangsa. Selain itu pada malam 17 Disember 2011 sebelum bertolak pulang ke Kota Putera, peserta telah mengikuti Konsert 25 tahun Ruth Sahanaya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut hadir dalam konsert tersebut ialah mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah bt Ali.





berita penuh

KARNIVAL FUTSAL JKKK PIALA PEGAWAI DAERAH DUN KOTA PUTERA 2011





KOTA PUTERA - Buat kali ke 5, APMT DUN Kota Putera menganjurkan Karnival Futsal antara JKKK-UMNO bagi merebut Piala Pegawai Daerah Besut. Kejohanan yang dilangsungkan bertempat di Gelanggang Futsal Daerah di Kampung Raja pada 9 & 10 Disember 2011. Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan futsal dari JKKK-UMNO DUN Kota Putera. Yang Berhormat Haji Muhamad Pehimi Bin Yusof, ADUN Kota Putera telah berbesar hati untuk merasmikan karnival kali ini.

Pada karnival kali ini, sejumlah 32 JKKK dalam DUN Kota Putera telah menyertai dengan JKKK-UMNO Kg Padang Cili telah berjaya merangkul kejuaraan, manakala naib juara disandang oleh JKKK-UMNO Kg Seri Medang. Johan membawa pulang hadiah wang tunai, jersi dan piala pusingan. Karnival ini telah diadili oleh pengadil BEFA.

Dalam ucapan penutup, Yang Berhormat berharap agar karnival sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap agar dapat mengeratkan silaturahim antara semua.






berita penuh

Wednesday, October 19, 2011

BESUT HARI INI

berita penuh