Tuesday, August 28, 2012

Kemeriahan Syawal Rumah Terbuka ADUN Kota Putera

BESUT HARI INI



KOTA PUTERA – Hampir 6,000 penduduk sekitar Parlimen Besut membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Kota Putera, YB Haji Muhamad Pehimi Bin Yusof yang diadakan di kediamannya di Kampung Batu Tumbuh pada Hari Raya Aidilfitri yang ke-3 yang lalu.

Kemeriahan Syawal jelas terasa seawal rumah terbuka bermula pukul 9 pagi dengan tetamu bersilih ganti untuk menikmati pelbagai jenis juadah tradisional dan moden sehingga pukul 3 petang.
Turut hadir, ADUN Jertih yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas ADUN Kuala Besut, Dato’ Wan Zakaria Wan Abd Rahman dan ramai lagi.
Paling gembira, golongan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada YB selain mengambil kesempatan untuk bersalaman serta bergambar dengan ADUN Kota Putera. – Oleh TAJUDDIN, Media APMT DUN Kota Putera.

berita penuh

Monday, August 27, 2012

Ramadan di Kota Putera

BESUT HARI INI

DUN Kota Putera- Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di DUN Kota Putera sepanjang bulan Ramadan 1433H. Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan semua golongan masyarakat tidak kira tua atau muda. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN KOTA PUTERA BERSAMA YANG BERHORMAT HAJI MUHAMAD PEHIMI BIN YUSOF, ADUN KOTA PUTERA
TARIKH  : 25 JULAI 2012 bersamaan 05 RAMADAN 1433H
TEMPAT : DEWAN KHIDMAT MASYARAKAT DUN KOTA PUTERA






MAJLIS BERBUKA PUASA PENYELARAS PEMUDA DUN KOTA PUTERA BERSAMA YANG BERHORMAT HAJI MUHAMAD PEHIMI BIN YUSOF, ADUN KOTA PUTERA
TARIKH  : 06 OGOS 2012 bersamaan 17 RAMADAN 1433H
TEMPAT : RESTORAN SHAM, JERTIH





MAJLIS BERBUKA PUASA APMT DUN KOTA PUTERA BERSAMA YANG BERHORMAT HAJI MUHAMAD PEHIMI BIN YUSOF, ADUN KOTA PUTERA
TARIKH  : 09 OGOS 2012 bersamaan 20 RAMADAN 1433H
TEMPAT : BUKIT KELUANG BEACH RESORT







TADARUS AL-QURAN di DUN KOTA PUTERA
TARIKH  : RAMADAN 1433H
TEMPAT : SEKITAR DUN KOTA PUTERA





berita penuh